At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Saturday, December 18, 2010

Legendary Masters Teaser

                 Mereka tujuh Legendary Masters yang tak dikenali.Mereka juga masih muda, Legendary Masters termuda dalam sejarah. Mereka punya kelebihan yang jarang ditemui dalam kalangan Wizards. Tak mahu dikenali sebagai Wizards serba boleh, mereka merahsiakan dengan bantuan Andrew, Pengarah Alphard Wizard dan teman rapat. Tiada siapa pun tahu siapa Legendary Masters.
                Tanpa mereka sedari, takdir sudah memintal tali kehidupan mereka. Sebagai Legendary Masters yang termuda mereka dicabar pelbagai cara. Kemunculan Shadows yang semakin kerap turut membantutkan kehidupan mereka.  Mereka memikul tanggungjawab itu pada usia yang muda.
                Rentak hidup mereka berubah sebaik saja, seorang manusia, seorang manusia muncul persis lagenda Merlin. Emerald yang tidak mengetahui apa-apa kecuali dia dikejar oleh bayang-bayang sejak kecil, terpaksa belajar untuk mengawal kuasanya dan pada masa yang sama mencari punca dia dikejar.
                 Kebenaran sentiasa menyakitkan. Mungkinkah kebenaran disebalik hidup Emerald turut sama menyakitkan? Legendary Masters, walau apa sekalipun ceritanya mereka berpegang pada janji, Shadows akan dihapuskan.
                  Emerald yang masih baru dengan dunia itu mulai mengenal apa ertinya menjadi Wizard dan mengapa dia diburu hingga keadaan sekelilingnya menjadi mangsa. Hidup didunia baru ini, tak seindah yang dia sangka kan. Masa silam yang tak diketahuinya, mulai menghantui, nasib rakan-rakan barunya juga dalam bahaya. Harapan Emerald hanya pada 7 orang Legendary Masters yang tak dikenali itu. 

“Ya, saya homeless. Saya homeless sejak benda dari bayang tu datang. Puas hati?” – Emerald

“Okay, seorang shifter dan manusia. Kombinasi yang menarik.”  - JinKi.

“ Dia lain, kasar, menjengkelkan dan kenapa Shadow buru dia?”  - KiBum

“Ya, rantai itu bukan milik dia, aku letakkan calming spell dan juga traces,” – Eli

“Saya nampak kisah hidupnya. Dia bukanlah berdarah manusia tulen. Dia punya keluarga wizard, tapi dia tak tahu apa-apa,” – Suzy

“Entahlah,saya tak tahu, suddenly je saya rasa macam saya kena jaga dia. Macam abang awak faham tak?” – JinKi

“Inikah kehidupan saya kini? Berlawan dan terus berlawan? Saya mahu berlari. Sekurang – kurangnya tiada yang tercedera kerana saya,” – Emerald.

“Memang tak ada yang cedera, semuanya dah mati. Segalanya perlu ditamatkan, jadi saya pinta, tolonglah berhenti berlari lagi. Saya tak mampu nak kejar awak dan lindungi awak kalau awak terus berlari...” – KiBum

“Unikkan hidup ini, saya sendiri tak menjangka benda seperti ini akan berlaku,” – Xander

“Kita tak perlu bergantung pada ramalan, kita perlu berusaha demi kebahagiaan kita,dan saya tak pedulikan apa yang orang lain mahukan. Cukup apa yang saya mahukan. Awak...” – Kevin

“Aku sentiasa kesana dan kemana-mana, namun tak satu pun yang aku jumpa mampu membuat aku terpesona sehingga aku membuka mata dan melihat dia...” – SooHyun

“ Hadiah dari Hades ini satu sumpah dan juga satu kurniaan, kerananya aku takut untuk rapat dengan sesiapa, tapi kau menunjukkan pada aku hakikat setiap apa yang hidup pasti akan mati, terima kasih untuk itu,” – Kiseop.

“Ya, aku sukakan dia, dan tak semestinya dia tahu itukan? Biarlah aku buat apa yang aku suka, takut nanti masa depan berubah lagi,entah aku masih ada peluang atau tidak...” – DongHo

2 comments:

Ridz Atie Irzatie said...

citer baru pulak? siape pelakon2 nyer??? nak tahu gak...

Nina Aziz said...

huhuuh..dh post dh..tpi aq xwat dienye column lgi...