At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, December 19, 2010

Dream : Suatu Mimpi


                “Emerald, lari, lari sekarang!” dia terjaga.  Kawasan homeless yang dia berbaring itu kelihatan tenang. Tapi suara yang didengarinya makin bingit. Em tahu, suara itu milik ibunya. Dan dia tahu suara itu lebih mengetahui dari dirinya. Dia bingkas bangun dan berlari ke arah yang mana nalurinya tentukan. Entah berapa banyak tubuh yang sedang tidur dia langgar. Dan entah berapa banyak makian yang dia kena. Dia hampir ke penghujung jalan.
                “BOOOOOOMMMMM!” Emerald tercampak ke depan. Api marak membakar dibelakangnya. Kedengaran tawa. Seolah-olah terlalu menikmati kemusnahan itu.  Perlahan-lahan dia teringat malam itu. Sama, segalanya. Tawa itu. Em terduduk. Dia tak mampu berjalan. Telinganya menangkap suara makian.
                “Perempuan tu tak ada dekat sini!!!” Emerald sedar dia perlu bangun dan lari. Dia kena bangun. Bangun dan terus lari. Entah mengapa dikepalanya terbayang wajah seorang lelaki wajah lelaki didepannya. Maksudnya di papan iklan depan matanya. Dan perlahan-lahan dia merasakan tubuhnya berubah. Emerald pelik apa yang terjadi.  Dia melihat sendiri bagaimana jarinya berubah sebelum dia ditarik seseorang.
                “Kau gila!” marah suara itu. Emerald berang. Dia tarik aku, aku pulak yang gila.Emerald cuba mendapat gambaran wajah penariknya itu. Dan dia terkejut. Model di papan iklan tu! Dan saat itu kedengaran satu suara.
                “Nampaknya perempuan tu ada dekat sini,” Emerald dan lelaki model itu berpaling.  Emerald pasti dia kenal suara itu. Lelaki itu menolak dia kebelakang.
                “Wizards ada disini. It’s an honor untuk bunuh kalian berdua,” suara itu kedengaran lagi. Perlahan-lahan dari bayang wujud seorang lelaki. Dan dari bayang lagi dua figura muncul. Emerald menarik belakang kemeja lelaki itu. Dia teringatkan peristiwa lalu.
                Mereka makin menghampiri. Emerald ketakutan, dan dia pasti dia mendengar lelaki model itu menggumam sesuatu yang pelik membawa kepada kecederaan yang menghilang pada orang didepan mereka.
                “Setakat trick Neophyte ni, tak ada apa pun kesan,” balas suara itu. Emerald pasti dia mendengar ketawa kecil lelaki didepannya.
                “Oh, aku lupa. Aku masih suka Neophyte.” Dan entah dari mana wujud sebuah cahaya yang terang, bumi yang dipijaknya bergoncang. Perkara terakhir dia dengar dari manusia atau apa saja itu, adalah,
                “Masters!!” Lelaki itu berpaling mengadapnya.
                “Kau, kau Shifter!” Emerald jatuh pengsan. Tepat didada KiBum.
                “KiBum, kau gila! Kau nak buat sharing circle ke?” soal Jacky. Mujur dia ada disitu.
                “Jacky, dia shifter! Dan dia manusia. Kau tahu kan dah lama manusia tidak ada kebolehan ini! Maksud aku sebagai,” KiBum kehilangan kata.
                “Oh sebagai Legendary Masters kau boleh hilang kata, charming KiBum,” perli Jacky. KiBum menilik wajah yang sedang berubah didepannya.
                “Aku rasa kita perlukan JinKi. JinKi!!”Laung Jacky. Asap penuh mulai muncul.
                “JinKi kau jangan memain boleh tak?”bentak KiBum. JinKi menampakkan dirinya. Tersenyum comel.
                “Ahh... Selalu marah-marah, memang tipikal KiBum kan sayang?” soal JinKi pada Jacky, Jacky tersengih. Faham bagaimana perangai teman baiknya itu.
                “JinKi, kau tolong bawa dia balik. KiBum tak mahu dilihat dengan orang yang boleh menyerupainya.” Beritahu Jacky.  JinKi mengangkat keningnya.
                “JinKi,” suara KiBum mula berbunga dengan kemarahan. JinKi ketawa.
                “Okay, seorang shifter dan manusia. Kombinasi yang menarik. Okaylah, aku pergi dulu, Jacky hati hati, nanti dia makan awak,” gurau JinKi. Jacky ketawa bersama. JinKi melambai dan menghilang dengan Emerald.
                “So, kenapa Shadow berminat dengan dia?” soal Jacky. Lebih kepada dirinya. KiBum turut sama menanyakan soalan itu. Shadow pasti mahukan sesuatu dari gadis itu. Telefon bimbit KiBum berbunyi. Nama Eli muncul diskrin telefonnya.
                “KiBum, kau tunggu dekat situ.” Itu saja ayat dari Eli.
                “Kenapa?” soal Jacky dan kereta milik Eli berhenti didepan mereka.
                “Hey Jacky!” sapa Eli.
                “Hei!”

Nukilan,


P/S: okay tak??kalau tak nina akan stop posting, n if okay, nina akan cepat2 abhkan YML utk smbung nie....

2 comments:

I'm N0t S!NgLe said...

akak mmg hbatlah...
ska bc citer2 akak...
smbung2..

Nina Aziz said...

tq2!!
cbe2 je tulis nie...