At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Thursday, December 23, 2010

Dream 1 : Betulkah

               Emerald memegang kepalanya. Agak sakit. Dia cuba mengingati kembali kejadian itu. Benarkah kejadian itu berlaku.
                “Awak dah bangun. Pengarah nak jumpa awak,” ujar seorang perempuan. Wajahnya agak serius.
                “Pengarah? Saya dekat mana ni?” soal Emerald. Perempuan itu memandangnya agak marah.
                “Suzy!” Suzy berpaling. Rue memandang tajam ke arah adiknya itu. Suzy segera berlalu keluar.
                “Maaf, Suzy memang macam tu sikit. Agak berangin. Saya Rue. Awak sekarang dekat  Alphard Wizards. Boleh saya tahu nama awak?” soal Rue. Emerald berasa sedikit tenang.Suara Rue agak menenangkan dirinya.
                “Em...Macam mana saya boleh ada dekat sini?” soal Emerald.
                “Senior JinKi bawa awak...” Emerald diam. Jadi nama lelaki yang menyelamatkannya itu JinKi?
                “Tok,tok” pintu bilik rawatan itu diketuk. Wajah Eli yang tersenyum menyapa mereka.
                “Hi, Rue, biar saya bawa dia jumpa pengarah.” Rue mengangguk.
                “Oh, Senior Eli, boleh minta tolong tak?” soal Rue. Eli membalas,
                “DongHo?” Rue mengangguk.
                “The one and only, tolong cakap dekat dia, kalau dah suka tu, tak payah la cari gaduh,” ujar Rue. Eli ketawa kecil. Berkali-kali dikatakan pada DongHo terlalu jelas hobinya itu.
                “Saya cuba, kami pergi dulu, Emerald,” panggil Eli. Emerald mengangguk.
                “Em, panggil saya Em,” ujar Emerald sebaik saja mereka berdua. Eli mengjungkit bahunya.
                “Ok, Em, apa yang awak buat dekat tempat tu?” soal Eli. Emerald diam.
                “Itu rumah terbaru saya,” Eli berhenti berjalan.
                “Maksud awak, awak homeless?” soal Eli. Emerald mengetap bibir.
                “Eli kan nama awak?” Eli mengangguk.
                “Ya, saya homeless. Saya homeless sejak benda dari bayang tu datang. Puas hati?” soal Emerald. Perit untuk dia bercerita lanjut.
                “Selamat pagi Senior Eli.” Ujar Kara.
                “Selamat pagi Kara. Rue perlukan extra hand dibilik rawatan,” Kara mengangguk.
                “Yes sir, erm senior ada nampak Suzy tak?” tanya Kara. Baru saja Eli ingin menjawab kedengaran suara Suzy tinggi.
                “Kara, tolong saya boleh? Tunjukkan Emerald bilik Pengarah boleh? Em, sorry sebab kena pergi tapi tu cue saya,” ujar Eli. Kara melambai kearah Eli.
                “Saya Kara, awak?” soal Kara. Emerald pelik hari ni saja dah empat manusia berperangai luar alam dia jumpai.
                “Em,”jawabnya.
                “Jom, sebelum banyak lagi benda terjadi.” Ajak Kara. Emerald hanya mengangguk. Mereka berjalan hingga tiba didepan pintu yang tertulis, Bilik Pengarah. Kara mengetuk pintu.
                “Maaf, encik, ada pelajar baru,” ujar Kara.
                “Kara, terkejut uncle, bukan sepatutnya Eli ke yang kemari?” soal seorang lelaki. Kara tersengih.
                “Atas sebab tertentu, Kara sedia membantu,” ujarnya. Lelaki itu ketawa. Sebaik saja Kara keluar. Lelaki itu memandang Emerald.
                “Kamu seorang manusia.” Ujarnya.
                “Sudah pasti,” balas Emerald.
                “Tapi kuasa dalam tubuh kamu amat kuat. Siapa kamu sebenarnya Emerald Rooselvelt?” Emerald hanya diam.
                “Maaf, silakan duduk. Saya Andrew. PakCik Kara. Dan juga pengarah Alphard Wizard. Mengikut laporan KiBum, dia terjumpa kamu di kawasan homeless betul kah?” soal Andrew. Emerald mengangguk walaupun tak pasti nama siapa itu.
                “Dan dalam laporan dia juga kamu seorang Shifter. Kebolehan yang menakjubkan.”
                “Shifter? Apa tu?” soal Emerald.
                “Maksudnya, kamu boleh bertukar rupa, bentuk badan jika diasah lagi. Cuba terangkan bagaimana Shadow boleh mengejar kamu?” soal Andrew lagi. Shadow, apa pulak tu? Emerald menggaru kepalanya. Andrew ketawa melihat telatah Emerald.



                “Maaf, saya lupa awak tak pernah dengar semua ni...” ujarnya.
                “Erm, saya ada satu soalan, betulkah saya bukan ditempat itu lagi?” soal Emerald.
                “Ya. Dan disebabkan awak masih baru disini, saya akan tugaskan seorang senior untuk tengokkan awak ,” ujar Andrew.
                “Encik panggil saya?”


Nukilan,





P/S : Nina post dlu la apa yg ad....hheheh

4 comments:

Unknown said...

agak pendek :(
tapi tak mengapa, Hana nak sesuaikan ngan watak2 yg banyak ni
:)

fallenmoon ( Liya Zafrina ) said...

Siapalah agaknya yg Pengarah tu pggl :D? Excited!

Nina Aziz said...

hana: pndek ek??nina tkut nnti klo pnjang2 msuk byk watak...org confius....

moon: oppss..lpe plak nk masuk gmbar pengarah..hehehe

Unknown said...

Hi,

Kami Team dari aplikasi NOVEL+ berbesar hati ingin memaklumkan bahawa kami telah mengambil naskah novel anda bertajuk: Dream yang disiarkan di blogspot/website anda untuk dipaparkan dalam aplikasi NOVEL+ yang kami bangunkan untuk mobile (android/IOS).

Kami dapati novel karya anda garapkan sungguh menarik dan pasti menjadi pilihan peminat novel untuk membaca. Tugas kami hanya ingin membantu mempromosikan novel anda agar dikenali ramai secara meluas melalui dunia dihujung jari. Aplikasi NOVEL+ ini boleh dimuat turun melalui App Store (Apple/IOS) dan Play Store (Android).

Oleh itu, kami ingin meminta kebenaran daripada pihak anda terlebih dahulu, sekiranya kami boleh meneruskan menyiar novel anda di dalam aplikasi NOVEL+ ini atau tidak.

Jika YA! kami mengharap agar dapat maklum balas dengan segera daripada pihak anda. Jika TIDAK bersetuju, kami akan hormati keputusan anda untuk mengeluarkan karya dari aplikasi NOVEL+ kami.

Sekian.


Hubungi Kami:
novelmcdp@gmail.com


Untuk Info:
NOVEL+ merupakan bahan bacaan berupa novel yang boleh dicapai dengan mudah melalui aplikasi mudah alih. Dengan NOVEL+, anda mempunyai akses ke dunia karya novel tempatan dengan meluas. Anda tidak perlu risau lagi untuk membawa bahan bacaan ketika berada di luar atau ketika sedang bercuti kerana kini aplikasi NOVEL+ akan bersama anda sentiasa, bila-bila masa dan dimana jua.
Para peminat novel boleh membaca karya-karya TERBAIK penulis berbakat di aplikasi NOVEL+ yang boleh dimuaturun secara PERCUMA. NOVEL+ terdiri daripada pelbagai genre novel TERKENAL dalam Bahasa Malaysia.