At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, November 08, 2010

Soul 4 : The Search Begins


“Morning, Miss Alexa...” sapa Prue. Entah mengapa, pengajar ini disukainya. Anna turut tersenyum menyapa si guru. Nampaknya Anna turut bersetuju dengannya.
“Good morning,”  Alexa tersenyum.  Prue dan Anna leka berbual manakala Anna hanya mengekor.
“Hai, sayang.” Sapa InJun. Alexa tersipu. InJun Calliester, seorang jurulatih bola tampar sandaran di Akademi Roselle Rollis.
“Mika, aku masih tak faham, macam mana subang ni boleh wujud, dan kenapa aku tak boleh nk buka langsung?”soal HyunMin. Mika mengetap bibirnya agak bengang. Kerana dari pagi tadi dia merasakan aura Dark Demon dan diaju dengan soalan bertalu-talu oleh HyunMin. Baru saja dia mahu membuka mulut kedengaran jeritan. Mika dan HyunMin memandang sekeliling. Keadaan menjadi sepi.Tiada sebarang pergerakan.
“Yoona!Hunter!” Mika segera berlari kearah jeritan itu diikuti dengan HyunMin.
“Alexa! InJun” lelaki itu terbaring disisi Alexa.
“Oh, kau memang lambatkan, Amouris! Aku jumpa mereka untuk kau selamatkan. Mungkin dia kau selamatkan, tapi, aku takkan biarkan.” Yoona ketawa. Hunter menyerang HyunMin. Tubuh lelaki itu terdorong sedikit kebelakang. Mika berdiri didepan Alexa.
“Yoona, berhenti!!Kau tak suka benda ni semua...Tolong berhenti Yoona,” rayu Mika.
“Yoona dah tak ada Amouris, kau patut sedar itu.” Tangan Yoona melibas kedepan dan satu tangan lutsinar menolak Mika kuat ke tepi.
“Sayangkan Amouris. Kau takkan berjaya,” Yoona menggumam sesuatu. Sebuah portal muncul.  Dan dari portal itu keluar seekor raksasa berkepala 3. Salah satu dari kepalanya adalah kepala Basilisk, kepala keduanya berbentuk kambing dan ketiga adalah kepala yang menyerupai manusia. Seluruh tubuh raksasa itu bersisik tebal. Bau meloyakan mula memenuhi ruang udara. Mika terkejut melihat wajah manusia itu.
“Yoona, kau dah, adik kau,” Mika kehilangan kata. Wajah Hunter dipandang. Raut sedih terukir diwajah yang bengis itu. Yoona ketawa.

“Adik? Hahha...Ini hanya pengacau.” Tunjuk Yoona. Wajah manusia itu menangis.
“Abang Mika, tolong Elyna! Abang tolong,” jeritan itu kedengaran. Alexa terkaku mendengar jeritan itu.
“Bunuh mereka berdua!” arah Yoona. Raksasa itu menghampiri  InJun yang masih terbaring.
“InJun!!” Pancuran air entah dari mana membentuk pelindung didepan InJun.Raksasa itu beralih arah, Alexa dihampirinya.  Mika serba salah, mana patut dia lakukan.
“Mika!” panggil HyunMin. Lelaki itu diasak teruk oleh Hunter.  Baru sahaja Hunter mahu menghentak HyunMin dengan pedangnya dia dihadang oleh pedang Keluarga Amouris.
“Berhenti Hunter! HyunMin tolong Alexa!” arah Mika. HyunMin mengangguk. Belum sempat HyunMin menghampiri Alexa dia tercampak jauh kebelakang. Raksasa itu menghampiri Alexa semakin dekat.
“Alexa!”  Dia muncul didepan Alexa dengan pedang yang muncul entah dari mana. Mata Mika terbuka luas. InJun menetak kepala ular sebelum memotong  kepala kambing. Perlahan-lahan, tubuh raksasa yang besar itu mengecil dan membentuk bentuk manusia.
“Pedang Virtue!” bisiknya perlahan.  Yoona berang. Tubuh InJun terhenyak ke dinding.
“Kau sepatutnya mati!” Yoona menghantar bebola hyperplasma ke arah InJun. Namun serangannya kali ini dipatahkan Alexa.
“Awak tak sepatutnya apa-apakan dia,saya tak benarkan awak sentuh tunang saya!” marah Alexa.
Entah bagaimana, Yoona tiba-tiba berada didalam bebola air yang besar. Hunter segera memecahkan bebola itu dan membawa Yoona keluar. Mika menghampiri Elyna.
“Elyna,” panggilnya perlahan. Gadis cilik itu tersenyum melihat Mika.
“Abang, tolong kakak ya...Elyna harap pada abang je,” bicara gadis itu. Perlahan-lahan, tubuh gadis kecil itu berubah menjadi debu bekerlipan.
“Abang, janji, Elyna,” perlahan tutur Mika. InJun dan Alexa yang menjadi saksi terkejut melihat kejadian itu. HyunMin menepuk perlahan bahu Mika.
“Apa yang terjadi? HyunMin? Fantamitte?” soal Alexa. Ada kesan darah dibahu gadis itu.
“Maaf, nama sebenar saya Mika Amouris. Saya bukan dari sini, dan disebabkan kamu berdua baru saja menyatakan tugas kamu sebagai Virtue dan Guardian, nyawa kamu macam tadi dalam bahaya.Dan saya perlukan bantuan kamu jika tidak kemungkinan besar peristiwa seperti tadi mungkin berlaku lagi.Jadi sila tolong saya,” nada Mika senada. Alexa dan InJun berpandangan.
“Baiklah, Mika, awak boleh bercerita dengan kami awak tahukan?” Mika berpaling dan berjalan ke kelas. Masih terngiang suara Elyna. 

“Eh, Alexa bila masa awak beli rantai tu? Soal InJun. Alexa memegang loket dilehernya.
“Subang awak?Awak mana pakai subang, HyunMin?” soal Alexa.
“Itu cara kuasa awak disalurkan,”balas HyunMin ringkas. Dia risaukan Mika kini. Pencarian mereka bermula kini. Mereka perlu selangkah didepan, tapi bagaimana kalau... Dia enggan memikirkan kemungkinan itu.

2 comments:

OkiE a.k.a WitcH said...

novel2 Nina semua best2 terutamanya novel fantasi..nak tanya,Nina tak nak joinkah Rumah Fantasi?

Nina Aziz said...

xtau lagi la okie...
mcm mnat jgak...
tpi kn cri idea dlu utk tulis....