At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Monday, August 16, 2010

SoulEater Introduction

SoulEater

Mika – Nama penuhnya Mika Amouris. Ketua kumpulan SoulEater. Seorang yang pendiam dan banyak mengetahui tentang kuasa magis. Pengawal unsur api. Menetap di Dunia Manusia dengan identiti pelajar Akademi Roselle Rollis untuk mencari empat lagi pengawal unsur dan lima orang virtue. Tanpa diketahui umum, dia merupakan pewaris tunggal kepada keluarga ahli sihir terhebat di Dunia Magis. Secara am dia kelihatan berusia 19 tahun.

HyunMin – Nama penuhnya HyunMin Barrielli. Ahli pertama ditemui oleh Mika. Pengawal unsur tanah. Seorang yang bijak menganalisa. Personalitinya adalah seorang romeo. Mendapat kuasa unsur tanah tika cuba menyelamatkan seseorang dari dibunuh.Teman rapat Anna dan mempunyai bakeri sendiri.  Berusia dalam lingkungan 19 tahun.

InJun – Nama penuhnya Injun Calliester.Merupakan virtue pertama. Tugasnya melindungi pengawal unsur  air. Seorang yang humorous dan gemar ketawa. Menjadi virtue tika cuba menyelamatkan tunangnya dari dibunuh raksasa dari dunia Magis. Ahli kumpulan SoulEater paling tua, berusia 20 tahun.

KaRam – Nama penuhnya KaRam Damien. Merupakan virtue kedua. Tugasnya melindungi unsur Angin. Seorang yang bersopan dan lemah lembut kerana dibesarkan didalam keluarga yang mementingkan adat. Menjadi virtue tika ingin membantu Mika yang sedang kesusahan. Anak tunggal keluarga Damien yang terkenal di Frassien. Berusia 18 tahun.

Jay – Nama penuhnya Jayden Emmett.  Pengawal unsur Muzik. Seorang yang aktif. Sangat meminati muzik. Mempunyai sebiji gitar  yang sering membantunya menyalurkan kuasanya. Ahli yang terakhir sekali menjadi ahli kumpulan SoulEater. Memperoleh kuasa muzik sejak dari kecil tanpa mengetahui apa kuasa yang dimilikinya. Ahli termuda dalam kumpulan SoulEater, berusia 17 tahun.
Destiny

Anna – Nama penuhnya Annabella Rosellie. Anak kepada pengarah Akademi Roselle Rollis. Seorang yang cepat marah. Virtue Api. Tugasnya melindungi Mika walaupun seringkali dia diselamatkan Mika. Menjadi virtue apabila cuba menyelamatkan nyawa Mika. Seorang yang berpewatakan gelap. Rapat dengan HyunMin.Berusia 19 tahun.

Prue – Nama sebenarnya Prudencia Forrestier. Teman baik Anna. Seorang yang kontras dengan Anna. Virtue Tanah. Sebaya dengan Anna. Seorang yang tenang kontras dengan perangai HyunMin. Mendapat status virtue apabila dia didalam bahaya bersama dengan HyunMin.

Krys – Nama penuhnya Krystal Gregmore. Salah seorang ahli kumpulan Destiny. Seorang yang gilakan musik. Merupakan pengawal unsur  Angin. Seorang yang agak cemerkap dan kelam kabut. Perangainya yang agak berbeza dari virtuenya, KaRam.  Berusia 19 tahun.
Lain-lain

Alexa – Nama sebenarnya Alexandra Huntsville. Virtue Air juga merupakan tunang InJun. Seorang yang pemalu. Perwatakannya sangat lemah lembut. Dia sering dijadikan bandingan oleh Mika terhadap Krys dan Anna. Menjadi virtue apabila nyawa InJun dalam bahaya. Berusia 20 tahun.

Fly – Nama sebenarnya Maryposa Fleaharty. Virtue musik. Seperti Jay, Fly seorang yang gilakan musik. Mempunyai satu klip rambut berbentuk not musik. Pewaris empayar pakaian Flaeharty. Seorang yang riang dan suka bermain-main. Sangat rapat dengan InJun. Menjadi virtue apabila dia diselamatkan dan menyelamatkan Jay tika lelaki itu diserang dark force dari Dunia Magis.

Dark Forces – Diketuai oleh Dark Demon yang merasuk tubuh seorang gadis yang merupakan teman baik Mika, Yoona. Demi menghalang tugas Mika mengumpulkan Pengawal dan Virtue.

Hunter – Nama sebenarnya Hunter Jasmitte. Merupakan kekasih Yoona dan juga teman rapat Mika. Menyertai Dark Forces demi Yoona. Sebaya dengan Mika dan Yoona. Seringkali dipaksa oleh Dark Demon melalui tubuh Yoona untuk menghalang Mika.

Yoona – Nama sebenarnya Yoona Fantomoire. Teman baik Mika dan kekasih kepada Hunter. Seorang yang lemah lembut tetapi mempunyai kuasa magis yang kuat. Perwatakannya terlalu mudah untuk dipengaruhi kerana itu Dark Demon senang sekali merasuk tubuhnya. Mengharapkan Mika mampu mengumpulkan kesepuluh orang manusia terbabit untuk membebaskannya.


P/S : cerita baru..nak sambung ke x??







6 comments:

Miss Kira said...

sambung!!!
kekeke

Kira nak hunter..
:D

Ridz Atie Irzatie said...

kau ni sengal la... mestilah sambung... aku tak sabar nak bace citer kau ni...

Nina Aziz said...

miss kira : okey...jnji mika nina pnye hehehe...

zaty: tersedak aq dibuatnya...kna sengal skali ngn ko...hehehe

Lee Eunmi said...

it is an awesome story.. i love it..

MizaEija said...

tringat kt satu anime tu..tajuk yg same..soul eater..
yohohoho..x sabo nk tau jln citer ni plak..cane..

najwa_msnma96 said...

suka gile cita ni .. mmg best ! cita psl magic ! aww .. <3 b8uat banyak2 nnt ea .. hehe