At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, February 28, 2010

Diamond 1(i): Acceptance to Goldilocks Luna and Rainie


Luna & Rei

            “Cik Luna,” Luna tergaru-garu kepalanya. Luna tu bukan bulan ke??Luna memandang ke arah langit cerah lagi...Bayangan bulan tidak kelihatan. Tapi, Luna, itu seperti pernah didengarinya.
            “ Cik, cik Luna,” panggil suara itu sekali lagi. Hah, baru dia teringat, namanya Luna, tapi sejak bila dia ada cik didepannya. Wajah si pemanggil direnung. Seraut wajah comel, berambut sedikit kemerahan seperti warna api. Kulit putih, mata berwarna coklat gelap. Leka Luna memerhatikan lelaki itu. Tangan lelaki itu berada tepat didepan wajahnya. Serentak itu, lengan baju lelaki itu disambar api yang entah dari mana wujudnya. Hanya Luna dan lelaki itu memahaminya. Secepat mana baju itu disambar api, secepat itu juga api itu malap. Lelaki itu menunduk hormat padanya.
            “Maaf, cik Luna, kerana mengejutkan cik, saya, Rei, dan saya akan menjadi butler cik...” Luna terpinga. Satu persatu kata lelaki itu diterjemah ke mindanya.
            “ Butler? Untuk apa?” soal Luna. Rei tersenyum, sampul berwarna pink dihulur pada gadis itu. Luna membukanya.
            “ Tahniah, anda terpilih ke Akademi Goldilocks. Bersama surat ini, kami telah mengepilkan task pertama anda, Cik Luna Naoki.” Baca Luna satu persatu.Wajah Rei dipandang.
            “ Bila saya memohon masuk?” sebaik saja selesai soalan itu diutarakan, satu pancaran kilat singgah begitu hampir dengan dirinya. Mujur Rei pantas menarik tangannya. Senyuman lelaki itu hilang.
            DUMMMM!!!
            “Cik Luna, task cik dah bermula,” itu saja yang dikata sebelum tangannya menyalakan pemetik api. Api yang terhasil dikawal dan menyerang ke satu arah. Luna tergamam. Namun segera, dihasilkan api untuk membantu Rei.Cekap lelaki itu mengawal api yang dihasilkan. Luna meneruskan pembacaan surat itu.
            Acceptance task: Hati-hati takut diri sendiri terpadam, datang kilat petanda ia datang. Lawan atau Lari.
            “ Rei, awak nak lawan atau lari?” soal Luna. Sambil itu mindanya cuba menyelesaikan ayat pertama.
            “Rei!!Lari sekarang!!” jerit Luna tiba-tiba. Rei akur, tubuh Luna didukung masuk ke dalam sebuah bangunan lama.
            “Cik, kenapa kita kena lari?” Luna menyerahkan surat berisi task itu.  Rei membaca sekilas.
            “Apa jawapan yang cik fikirkan?” soal Rei mahu menguji Ladynya itu.
            “Huh? Saya rasa ribut...Sebab api saya setakat air takkan terpadam...Hanya ribut...” jelas Luna. Serentak itu mulutnya ditutup. Rahsia terbesarnya. Rei tertawa.
            “Cik Luna Naoki, saya sedia berkhidmat...” ucap Rei.
            “Boleh kita balik sekarang?”soal Luna.
            “Yes, my lady...”ujar Rei.

Rainie & Ryo:

Ryo berulang kali menggosok matanya. Biar betul alamat ini...Dekat asylum pula tu. Janganlah ladynya seorang lunatik.
            “ Terima kasih, Rainie sebab sudi tolong kami disini.” Ryo berpaling, Rainie Mitchell. Gadis berwajah keanak-anakkan itu ladynya. Lantas dihampiri gadis itu.
            “Cik Rainie?Selamat berkenalan. Pasti cik sudah terima surat dari Goldilocks Academy bukan?”soal Ryo. Rainie mengangkat tangannya.Mengisyaratkan lelaki itu agar diam.
            “ Ya, saya dapat, tapi saya tak berminat...Jadi boleh saya pergi sekarang?” soal Rainie. Ryo memegang tangan Rainie, kejap.
            “Boleh saya tahu apa task cik?” soal Ryo. Masakan gadis itu masih boleh tenang jika task sudah diterima. Rainie terdiam.
            “Kenapa?”rasa ingin tahunya bagaikan dijentik oleh pertanyaan Ryo itu.
            “ Mustahil jika task cik tak bermula lagi...Bila cik buka surat itu?”soal Ryo kembali.
            “ Sebaik saja saya dapat.” Serentak itu tangannya mencari dalam beg tote yang dibawa kemana saja. Sampul bewarna biru dikeluarkan.
            Kesedihan merupakan penantian terakhir.Salah siapakah takdir atau diri sendiri?
            Ryo terdiam. Menafsirkan erti task itu. Tiba-tiba saja langit mendung.
            “ Cik tak memainkan?” soalnya tiba-tiba. Rainie terkejut. Main-main? Macam mana dia tahu aku boleh kawal cuaca ini?
            “ Tak, itu lumrah alam." Dentuman kilat mengejutkan Rainie. Telinganya ditutup. Takut. Mengigil tubuh gadis itu. Kasihan Ryo melihat gadis itu. Segera dipeluk tubuh kecil Rainie.
            Dari jauh kelihatan asap berkepul-kepul menjulang keudara. Rainie segera berlari ke arah asap itu. Dia jatuh terduduk. Tak mungkin. Air matanya menitis laju. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu keluar. Dari jauh seorang sedang berlari meninggalkan asylum itu. Orang ramai mula berpusu-pusu keluar. Rainie bangun mendapatkan seorang jururawat.
            “Kak, doktor Winter mana?”soalnya. Jururawat itu terpinga-pinga. Kemudian menunjukkan ke arah bangunan yang marak dijilat api. Rainie mahu berlari masuk kedalam. Mindanya hanya terfokus pada Winter. Tangannya ditarik Ryo.
            “Gunakan kelebihan awak cik,” bisik Ryo. Rainie menunduk faham. Mindanya mula melukis gambaran hujan maha lebat, Menjadi, dalam kadar yang sungguh sekejap, langit mulai mendung. Hujan turun berjaya memadamkan sedikit sebanyak api itu. Ryo tiba-tiba menghilang. Api hampir terpadam. Ryo melangkah keluar dari bangunan yang hangus itu sambil memapah seseorang yang cedera agak teruk. Rainie kenal akan lelaki itu.
            “Abang Winter!” dia mendapatkan Ryo dan lelaki itu. Air matanya menitis lagi.
            “ Rainie,” Lemah suara Winter menyapa telinganya. Tangan Rainie menyentuh lembut wajah tunangnya itu.
            “ Jangan lupa untuk senyum, dan Ryo, jagakan Rainie untuk aku,” pesan Winter payah. Sakit kian menyerang. Winter menahan sakit. Hampir 60% tubuhnya melecur.  Air mata Rainie masih lagi menitis laju. Winter merenung wajah gadis itu cuba mengumpul sebanyak mana yang dia mampu ingat tentang gadis itu. Perlahan-lahan matanya tertutup. Tangisan Rainie makin kuat. Ryo yang memangku kepala pemuda itu memeriksa pernafasan. Ada tetapi lemah.
            “ Cik Rainie, telefon ambulans. Dia boleh survive...” beritahu Ryo. Baru saja Rainie mahu menelefon ambulan, sudah kedengaran siren. Tubuh Winter yang parah itu dibawa masuk ke dalam ambulans. Rainie turut sama ikut, gadis itu berpaling ke arah Ryo,
            “ Awak akan ikutkan? Awak akan temankan saya kan?”soalnya. Ryo tersenyum.
            “ Yes, my lady,” perlahan namun dapat ditangkap oleh Rainie. Gadis itu tersenyum kecil. Langit yang tadinya mendung, basah dek hujan beransur cerah. Setenang emosi gadis itu.
            Tanpa mereka sedari baik butler dan lady, seseorang tersenyum. Tanpa mereka sedari, 2 task itu saling berkait. Satu menyebabkan satu yang lain terjadi...

Next post : Kita akan berkenalan dengan 4 lagi Lady and their gud looking butler...

3 comments:

OkiE a.k.a WitcH said...

Nina!!!! i think i fall in love with YML!!

Gud job!

Nina Aziz said...

huhuhu....tq okie!!

Hana Norisa said...

best2..
keep up..