At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Friday, November 27, 2009

12 : Kejutan

            Kesemua mereka terdiam.Tergamam, baik Heart mahupun Ezra. Airmata Delaila mulai menitis. Pantas saja tangan Ezra mengesatnya. Rindu sungguh dia pada seraut wajah didepannya itu. Tanpa mempedulikan orang disekelilingnya, tubuh Delaila dipeluk erat. Gadis itu menangis teresak-esak dibahunya. Yang lain hanya membisu.
            " Ezra, sayang!"panggilan itu menyebabkan pelukkan itu terungkai. Delaila memandang tak percaya wajah Ezra. Seorang gadis berpakaian ala seorang model memeluk erat lengan Ezra.
            " Rebbecca?" soal Heart tak percaya. Lady Ferra memang kejam. Delaila hanya diam.
            " Hi, Heart. Ezra, kenapa tinggalkan I?" soal gadis itu. Travie berdehem.
            " Maaf, ini, Rebbecca."kenal Ezra.
            "Tunang Ezra.Hi." sapa gadis itu sedikit angkuh.
            "Tah..niah..Ezra.Semoga..awak bahagia." ucap Delaila dalam suara tertahan. Dan dia terus berlari keluar.
            " Delaila!" panggil Daniel.
            " Ezra, you owe us lots of explanation..."beritahu Victor.
            " Aku harap kau takkan cari dia lagi, Ezra. Dah lama dia tunggu dan ini hadiah untuk dia? Jangan sesekali cari dia lagi..."pesan Daniel ketika berselisih bahu dengan Ezra.Wajah lelaki itu dipandang sekilas sebelum dia berlari mengejar Delaila. Travie, Victor dan Heart hanya melihat adegan itu. Tak menyangka Daniel akan berkata begitu. Namun sedikit sebanyak mereka mengerti. Daniel yang sentiasa berada disisi gadis itu sejak Ezra pergi dahulu, pasti lelaki itu enggan melihat lagi titisan air mata Delaila. Mereka juga begitu.
            " Sayang, kenapa nie?Kenapa you diam je?" soal Rebbecca sengaja mengeratkan lagi pelukkan ditangan Ezra. Geram kerana melihat adegan antara Ezra dengan perempuan yang dipanggil Delaila itu. Ezra segera merentap tangannya.           
            " Kau, jangan dekat dengan aku lagi...Dan ini, cincin nie, yang Ferra ikatkan aku dengan kau, ambil balik. Selamanya, hanya dia seorang dihati aku. Dia bukan kau. Leave!" lantang suara Ezra memarahi Rebbecca. Travie dan Victor terkejut. Pelik.Jarang sekali mereka mendengar Ezra marah sepanjang perkenalan mereka.
            " Hello, I'm your fiancee!" marah Rebbecca kembali.
            " Yang akan jadi tunang aku adalah orang yang aku cintai, bukannya orang macam kau. Now please leave," arah Ezra. Kali ini lebih tegas. Heart segera menyampuk,
            " Kau tahu, Becca, aku kesian dekat kau dan Sebastian. Pesanan buat kedua-dua pewaris Richmore, kedua-dua pewaris Edree, takkan sesekali menyerahkan hati dan rela berkahwin dengan mereka." Wajah Rebbecca berubah. Putih pucat.
            “ Lady Ferra pasti akan membuat keputusan kalian berubah,” ugut gadis itu. Heart tersenyum sinis. Ezra mencerlung tajam.
            “ Unfortunately, seingat aku, once Ezra finished in US, Lady Ferra Dreamer Michaelis doesn’t matters in our life. Dia nak pewaris? Kami ada, tapi kami buat keputusan sendiri. Sekarang, sila keluar dari Serenity, ini bukan untuk orang macam kau.”
            Rebbecca mencebik sebelum keluar. Dia akan pastikan Ezra menjadi miliknya. Sebagaimana Heart akan menjadi hak Sebastian. Lady Ferra mampu menguasai mereka berdua.
            Sementara itu, Daniel mengejar Delaila sehingga keluar dari Serenity. Terus dipeluk tubuh gadis itu. Delaila menangis didada Daniel. Tangan Daniel mengusap lembut rambut Delaila. Cuba menenangkan gadis itu.
            “ Delaila, selagi saya ada, selagi saya disisi awak, saya akan jaga awak.Saya janji,” bisik Daniel. Delaila diam. Dia pelik mengapa lelaki ini begitu tulus berada disisinya.
            “ Jom kita balik. Saya hantar awak balik..” pelawa Daniel. Nombor pejabat Delaila ditelefon dan memberitahu gadis itu tak dapat masuk kembali dan mahu mengambil cuti. Papanya pasti faham. Sebaik saja enjin kereta dihidupkan, mereka melihat Rebbecca berjalan keluar, wajahnya masam. Seketika kemudian ketika Daniel cuba untuk mengeluarkan kereta, Ezra berada didepan Serenity, memandang ke arah Delaila.Sayu pandangannya.
            “Ezra,”panggil Heart. Bahu lelaki itu ditepuk lembut. Ezra berpaling, tersenyum lemah. 
            “ Heart, will I lose her again?” soal Ezra perlahan. Heart memeluk kembarnya itu.Membiarkan lelaki itu menangis dibahunya. Heart kenal Ezra. Ini kali kedua lelaki itu menangis. Dan kali ini, Heart sendiri buntu, bagaimana mahu memujuk abangnya itu. Victor dan Travie saling berpandangan. Mulai faham, hidup kedua beradik ini, banyak dirosakkan oleh ibu mereka sendiri. Dan mereka akan memperbetulkannya.
            “ Ezra, kami tahu kau tak bersalah... Maybe it’s time we help you,” putus Travie sebelum dia dan Victor meninggalkan kedua beradik itu. KeretaTravie dipandu keluar dari Serenity. 
            “ Travie, macam mana kita nak buat?” soal Victor. Memang dia pun setekad Travie untuk membantu Ezra dan Delaila, tapi bagaimana.
            “ Tiba masanya Lady Ferra rasa apa yang mereka rasa...” tangannya ligat mendail nombor seseorang.
            “ Hello, En Evans? It’s Travie, I need a favour.” Kereta Travie dipandu laju kearah pusat bandar Deseree.

1 comment:

Unknown said...

woo..
apa travie nk wat tue??
^^