At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Thursday, August 19, 2010

Soul 2 : New Admission


Kecoh suasana di Akademi Roselle Rollis. Kecoh dengan cerita tentang pelajar baru. Anna menyumpah-nyumpah dalam hati.
Mesti mamat pelik tu lagi...
“Wei, korang tak memekak pagi-pagi tak boleh ke? Aku nak jadi baik sikit pun susah,” marah Anna. Prue segera menenangkan temannya itu. Krys memandang tajam ke arah sekumpulan perempuan gedik yang terkinja-kinja melihat pelajar baru itu.
“Anna, tu bukan pak cik yang kau tolong tu ke?” soal Krys. Anna memandang sekilas.Kan betul. Kumpulan pelajar perempuan yang tergedik ditepi tingkap memandang tajam ke arah Anna. Merancang konspirasi mengenakan pelajar itu.
“Wei, perempuan, daripada kau plan nak kenakan aku, baik kau pergi belajar apply foundation ke, buat catwalk ke...”perli Anna kuat. Pelajar lelaki yang mendengar hanya ketawa. Pantas lima orang gadis itu melangkah keluar dengan wajah mencuka.
“Anna, tak baik tau,” tegur Prue.
“Hey, aku cakap benda yang betul,kan Krys?” Krys mengangguk. Prue menepuk dahi bukan dia tak kenal mereka berdua satu kepala. Ikut kehendak diri sendiri.
“Roselle, Rollis, do take your seat...” Satu fakta tentang Roselle Rollis Academy, pelajar perempuan akan dipanggil sebagai Roselle manakala pelajar lelaki dipanggil Rollis.
“Okey, hari ni, kita ada guru pelatih baru dan juga pelajar baru,” ujar guru yang sedari tadi berbicara.
“Krys, nampak HyunMin tak?” soal Anna. Dia perlu mengorek cerita dari jejaka itu.
“Miss Rosellie, nak kongsi sesuatu ke?” soal si guru. Anna tersengih.
“Okey balik kepada tujuan asal saya, dijemput pelajar baru, Mika Fantamitte.” Wajah Anna bertukar seiring dengan suara pare Roselle.
“Handsomenya,” puji satu suara.
“Part mana yang handsome?” soal Anna lantang. Krys ketawa kuat. Mata Mika mencerlung ke arahnya. Anna membalas kembali.
“Roselle sila bertenang. Baiklah Rollis, kamu boleh duduk disebelah Miss Rosellie.” Mika mengangguk, nampaknya dia akan berjumpa lag dengan gadis itu.
“Okey, seterusnya, ini pengajar kamu yang baru. Miss Alexandra.” Rollis mulai bising. Wajah comel Alexa dipuji-puji.
“Miss, Miss dah berpunya?” soal HyunMin. KaRam disebelah menyikunya. Alexa tersenyum. Dia tahu HyunMin sengaja mahu mengenakannya.
“Saya dah bertunang dah pun. “Jawab Alexa. Keluhan kecewa kedengaran. HyunMin tersenyum.
“Haha, Mr Romeo melepas la kau,” usik seorang Rollis. HyunMin hanya tersengih.
Loceng waktu rehat berbunyi.
“Mika, kau tak cakap pun kau masuk sini,” ujar HyunMin. Agak terkejut juga melihat Mika sebentar tadi. Mika tersenyum. Agak kepenatan kerana banyak menggunakan mana untuk menguruskan kemasukkan dan kewujudan dia disini.
“Kebetulan.”Ringkas jawapannya.
“HyunMin!!” lantang suara Anna kedengaran. Prue dan Krys yang asyik bersembang turut terkejut dengan laungan Anna.
“Eii, aku pun tak tahu apa yang HyunMin nampak dekat perempuan tu, dah lah kasar,” kedengaran bisikan-bisikan halus. Anna mendengus. Benci, setiap hari dia mendengar suara- suara itu. Masalahnya, dia bukan mendengar orang berbisik, tapi mendengar suara hati mereka.
“Kau kenapa?” soal Krys. HyunMin mengisyaratkan dia akan datang sebentar lagi.
“Bisinglah!”getus Anna. Prue dan Krys faham. Mereka tahu Anna punya kebolehan mendengar suara didalam minda orang lain, kata mudahnya telepati.
“Kenapa?”soal HyunMin. Mika disisinya hanya membisu.
“Wei, kau memang tak nak bercakap ek?” soal Krys. Terkejut Mika dibuatnya. Namun dibaiki ekpresi wajah dan mengangkat bahu.
“Aku tak dapat datang petang ni, papa suruh aku balik rumah,” beritahu Anna separuh hati. Mika berkerut.
Balik rumah? Apa perempuan ni lari dari rumah ke?
“Kau lari dari rumah ke?’ terkeluar juga soalan itu. Anna memandangnya tajam.
“Wah ,kau ada suara jugak rupanya,” perli Krys. Prue menyiku temannya itu.
“Well, itu hal aku, jangan menyibuk!” Tangan Krys ditarik Anna.
“Hi, Prue, kenapa dengan kawan awak tu?” soal HyunMin sambil mempamerkan skil romeo terpendamnya. Mika disebelah sudah seram sejuk mendengar nada HyunMin.
“Nak buat macamana, perempuan-perempuan tu tak habis-habis mengutuk dia,” tunjuk Prue ke satu arah. Mika pelik namun mindanya mencerna maklumat itu.
“Dia telepath ke?”soal Mika. Sunyi sepi dalam kalangan mereka bertiga.
“Mana kau tahu?” soal HyunMin.
“First, kau, aku, dia dan mereka semua ada dekat sini, jauh dari ‘perempuan-perempuan tu’ and dia boleh dengar...Maknanya dia telepath la kan?”konklusi Mika dibalas dengan renungan tajam Prue.
“Okeylah, saya pergi dulu,” ujar Prue. HyunMin hanya menghantar pandangan. Mika lain dari yang lain. Itu konklusinya. Mika seolah-olah bukan dari sini.
“Dari mana?”
“Apa?”soal Mika. HyunMin tersengih tercakap pulak.

Monday, August 16, 2010

Soul 1 : Where it Begins...


                “Mika! Kau kena janji, cari mereka dan selamatkan kami, Sekarang pergi Mika,” sayup suara seorang gadis kedengaran. Mika menggenggam erat tangan si gadis.
                “Yoona, tolong bertahan. Sikit saja lagi, Dark Demon akan dihalau.” Janji Mika. Yoona menggelengkan kepalanya. Sesekali tubuhnya tersentak, penangan kuasanya melawan Dark Demon didalam tubuhnya.
                “Mika, pergi sekarang, sebelum Hunter balik. Dark Demon dah keluarkan arahan kau dibunuh...arghhh” erangan Yoona menambahkan kalut dihatinya. Berat hatinya untuk meninggalkan Yoona. Tapi dia perlu melawan Dark Demon, dan dia tak mampu melakukannya keseorangan.
                “Yoona, aku janji, aku akan balik untuk selamatkan kau,”janji Mika sebelum berlari keluar dari pondok kecil yang menempatkan Yoona.  Baru saja beberapa langkah dia berlari, dia diserang Hunter. Tubuhnya tercampak ke perdu pokok bahana plasma yang dihantar Hunter. Mika kaget.
                “Hunter, tolong, hentikan,” rayu Mika. Wajah Hunter bengis. Tiada senyuman seperti dahulu.
                “Kalau aku nak Yoona selamat, kau gantinya...”ringkas ucapan Hunter. Ditangannya tercipta Hyper Plasma. Plasma yang mampu menghancurkan tubuhnya, Mika lupa.Lupa pada magis yang dipelajarinya.  Entah dari mana, ditangannya wujud bebola api yang terus dilontar ke arah Hunter. Awan kumulus diseru sebelum dia melompat naik dan meninggalkan kawasan itu disaat Hunter menyeringai kesakitan. Dari jauh kedengaran suara jeritan Yoona. Hampir saja dia berpatah balik, namun memikirkan nyawanya dalam bahaya dibatalkan keinginan itu. Jampi dibaca, muncul sebuah portal yang akan membawanya ke Dunia Manusia.
                “Yoona, Hunter, aku janji aku akan balik dan selesaikan ini semua,” janji Mika sebelum melangkah masuk ke dalam portal. Sebaik saja tubuh Mika menghilang, Yoona muncul, Hunter diseret menggunakan telekinesis.
                “Bodoh, kau tahu dia jadi pengawal unsur?” serentak itu tubuh Hunter tercampak ke perdu pokok. Air mata mengalir dipipi Yoona. Ketawa kedengaran dari mulut Yoona.
                “Bodoh!Menangis, terus menangis, sebab kau makhluk lemah!!! MIKA AMOURIS, kau janji sebanyak mana pun, aku akan jejak dan bunuh kau...” Yoona berpaling ke arah Hunter.
                “Aku nak kau bunuh dia!” arahan itu dikeluarkan. Hunter terus membaca jampi, portal dunia Manusia terbuka. Hunter melompat masuk. Tawa Dark Demon kini merasuki Yoona kedengaran, kuat. Hunter memegang dadanya.           
                “Maafkan aku, Mika, Yoona penting buat aku, tolong cepatkan pencarian kau,” bisik Hunter ketika membolosi ruang dimensi itu.
Dunia Manusia,
                “Aduh,” suara seorang gadis kedengaran. Tubuh seseorang yang entah muncul dari mana menghempapnya.
                “Anna, kau ok?” soal entah siapa. Masih samar segalanya bagi Mika. Dia penat untuk memikirkan apa saja kemungkinan kini.
                “Hoi, bangunlah,” tubuhnya digoncang kasar. Mika membuka mata. Dunia Manusia! Serentak itu dia bangun tetapi dia rebah kembali. Tubuhnya masih mengalami kejutan selepas merentas dimensi.
                “Wei, kau kenapa?” tubuhnya digoncang beberapa kali. Sebelum dia betul-betul tidak sedarkan diri dia terdengar satu suara menjerit.
                “HyunMin!”
                Entah berapa lama dia pengsan, dia sendiri tak tahu. Yang pasti dia terjaga dek suara seorang. Yoona, dia tersenyum.
                “Araso, Yoona, aku bangun,” bisiknya perlahan. Matanya dibuka. Segalanya asing. Ini bukan rumah Amouris, bukan juga biliknya. Dan suara itu bukan milik Yoona. Mindanya berkerja keras mengingati peristiwa sebelumnya. Suara seperti bergaduh kedengaran diluar.
                “Haha, relaks Anna, kau stress sangat!” suara seorang lelaki kedengaran.
                “Relaks apa? Dah tiga hari dia tak sedarkan diri, lagipun dia tak ada sebarang dokumen pengenalan diri pun!” suara seorang perempuan  pula. Mika pasti topik mereka adalah dia. Tapi dia perlu mengetahui apa yang telah terjadi pada dirinya.
                “Anna, kau paranoid.”
                “Aku? Aku paranoid? Hello, HyunMin, dia muncul entah dari mana, hempap badan aku, kau cakap aku paranoid?” balas seorang lagi. Anna. Jadi dia terjatuh diatas gadis bernama Anna itu.
                “Hei, sayang, bertenang sudah. Kita tunggu dia bangun.”
                “Aku tak suka tak tahu nama orang.Apa nama dia?” soal Anna.
                “Mika, nama aku Mika,” kedua mereka berpaling. Terkejut.
                “Aku HyunMin dan ini Anna.” Kenal HyunMin.
                “Kau dengar apa yang kitaorang bincangkan?” soal Anna. Mika memerhati si gadis. Berambut paras bahu, memakai serba hitam.
                “Berkaitan dengan aku, tak salahkan?” balas Mika kembali. HyunMin ketawa.
                “Dah la, memandangkan kau dah bangun, kau boleh beritahu kau dari mana?” soal Anna. Terus tanpa berselindung. Tersentak Mika.
                “Hei kau tak perlu jawab soalan minah ni, kau boleh tinggal dekat sini sementara waktu. Dan Anna kau perlu balik. Aku nak tutup kedai. Jumpa dekat sekolah esok,” beritahu HyunMin. Anna mencebik, memprotes arahan HyunMin. Tapi akhirnya dia melangkah keluar jua.
                “ Maaf,”
                “Terima kasih, tapi aku dekat mana?” soal Mika, memotong percakapan HyunMin.
                “Franssien.” Mika mengangguk. Dalam hati dia bermonolog.
                Yoona, Hunter bantu aku untuk cari mereka yang lain.

SoulEater Introduction

SoulEater

Mika – Nama penuhnya Mika Amouris. Ketua kumpulan SoulEater. Seorang yang pendiam dan banyak mengetahui tentang kuasa magis. Pengawal unsur api. Menetap di Dunia Manusia dengan identiti pelajar Akademi Roselle Rollis untuk mencari empat lagi pengawal unsur dan lima orang virtue. Tanpa diketahui umum, dia merupakan pewaris tunggal kepada keluarga ahli sihir terhebat di Dunia Magis. Secara am dia kelihatan berusia 19 tahun.

HyunMin – Nama penuhnya HyunMin Barrielli. Ahli pertama ditemui oleh Mika. Pengawal unsur tanah. Seorang yang bijak menganalisa. Personalitinya adalah seorang romeo. Mendapat kuasa unsur tanah tika cuba menyelamatkan seseorang dari dibunuh.Teman rapat Anna dan mempunyai bakeri sendiri.  Berusia dalam lingkungan 19 tahun.

InJun – Nama penuhnya Injun Calliester.Merupakan virtue pertama. Tugasnya melindungi pengawal unsur  air. Seorang yang humorous dan gemar ketawa. Menjadi virtue tika cuba menyelamatkan tunangnya dari dibunuh raksasa dari dunia Magis. Ahli kumpulan SoulEater paling tua, berusia 20 tahun.

KaRam – Nama penuhnya KaRam Damien. Merupakan virtue kedua. Tugasnya melindungi unsur Angin. Seorang yang bersopan dan lemah lembut kerana dibesarkan didalam keluarga yang mementingkan adat. Menjadi virtue tika ingin membantu Mika yang sedang kesusahan. Anak tunggal keluarga Damien yang terkenal di Frassien. Berusia 18 tahun.

Jay – Nama penuhnya Jayden Emmett.  Pengawal unsur Muzik. Seorang yang aktif. Sangat meminati muzik. Mempunyai sebiji gitar  yang sering membantunya menyalurkan kuasanya. Ahli yang terakhir sekali menjadi ahli kumpulan SoulEater. Memperoleh kuasa muzik sejak dari kecil tanpa mengetahui apa kuasa yang dimilikinya. Ahli termuda dalam kumpulan SoulEater, berusia 17 tahun.
Destiny

Anna – Nama penuhnya Annabella Rosellie. Anak kepada pengarah Akademi Roselle Rollis. Seorang yang cepat marah. Virtue Api. Tugasnya melindungi Mika walaupun seringkali dia diselamatkan Mika. Menjadi virtue apabila cuba menyelamatkan nyawa Mika. Seorang yang berpewatakan gelap. Rapat dengan HyunMin.Berusia 19 tahun.

Prue – Nama sebenarnya Prudencia Forrestier. Teman baik Anna. Seorang yang kontras dengan Anna. Virtue Tanah. Sebaya dengan Anna. Seorang yang tenang kontras dengan perangai HyunMin. Mendapat status virtue apabila dia didalam bahaya bersama dengan HyunMin.

Krys – Nama penuhnya Krystal Gregmore. Salah seorang ahli kumpulan Destiny. Seorang yang gilakan musik. Merupakan pengawal unsur  Angin. Seorang yang agak cemerkap dan kelam kabut. Perangainya yang agak berbeza dari virtuenya, KaRam.  Berusia 19 tahun.
Lain-lain

Alexa – Nama sebenarnya Alexandra Huntsville. Virtue Air juga merupakan tunang InJun. Seorang yang pemalu. Perwatakannya sangat lemah lembut. Dia sering dijadikan bandingan oleh Mika terhadap Krys dan Anna. Menjadi virtue apabila nyawa InJun dalam bahaya. Berusia 20 tahun.

Fly – Nama sebenarnya Maryposa Fleaharty. Virtue musik. Seperti Jay, Fly seorang yang gilakan musik. Mempunyai satu klip rambut berbentuk not musik. Pewaris empayar pakaian Flaeharty. Seorang yang riang dan suka bermain-main. Sangat rapat dengan InJun. Menjadi virtue apabila dia diselamatkan dan menyelamatkan Jay tika lelaki itu diserang dark force dari Dunia Magis.

Dark Forces – Diketuai oleh Dark Demon yang merasuk tubuh seorang gadis yang merupakan teman baik Mika, Yoona. Demi menghalang tugas Mika mengumpulkan Pengawal dan Virtue.

Hunter – Nama sebenarnya Hunter Jasmitte. Merupakan kekasih Yoona dan juga teman rapat Mika. Menyertai Dark Forces demi Yoona. Sebaya dengan Mika dan Yoona. Seringkali dipaksa oleh Dark Demon melalui tubuh Yoona untuk menghalang Mika.

Yoona – Nama sebenarnya Yoona Fantomoire. Teman baik Mika dan kekasih kepada Hunter. Seorang yang lemah lembut tetapi mempunyai kuasa magis yang kuat. Perwatakannya terlalu mudah untuk dipengaruhi kerana itu Dark Demon senang sekali merasuk tubuhnya. Mengharapkan Mika mampu mengumpulkan kesepuluh orang manusia terbabit untuk membebaskannya.


P/S : cerita baru..nak sambung ke x??







Saturday, August 14, 2010

Diamond 6 : Crystal's Story


“Selamat pagi,”sapa Crystal. Senyuman terukir. Rainie membalas senyuman itu. Begitu juga Nami.
            “Selamat pagi, Crystal,” sapa Aya. Crystal berpaling. Terkejut dengan sapaan Aya itu. Wajah manis Aya menyapanya. Crystal tersenyum.
            “Kyuu, sediakan sarapan pagi kami,” arah Crystal.
            “Yes, my lady.” Mata Crystal memandang sekeliling. Pandangannya jatuh pada Aya dan Hans yang beraut serius.
            “Maaf, Crystal, saya nak bertanya sedikit,” tegur Nami.
            “Silakan.” Senyuman manis terukir lagi. Sehelai kertas berwarna hijau dihulurkan.
            “First task awak?” Nami mengangguk. Tidak perlu berahsia baginya.
            Ilmu didada tiada guna kalau tanpa aplikasi. Sistem SOS perlu kiraannya. Jika bahaya melanda.
            “Jadi?”soal Crystal. Aya turut sama mendengar masalah Nami.
            “Pertama sekali, Sistem SOS adalah sistem pertahanan negara. Dan task saya adalah untuk hack sistem ini. Jika sistem ini berjaya dihack, yang mana kemungkinan jika saya yang buat adalah tinggi, maklumat rahsia negara kita akan diketahui umum. Ini membahayakan. Saya tak boleh buat task ini.” Terang Nami. Vince mengangguk bersetuju dengan Ladynya. Lama mereka terdiam.
            “ Saya akan cuba sehabis baik untuk membatalkan task ini,sekejap ya.” Ujar Crystal.
            “Kyuu, saya perlukan folder itu,” pintanya. Kyuu menghulurkan satu folder berwarna putih. Crystal membelek satu persatu.
            “Kyuu, cari Jun. Yang lain sila ke kelas.” Putus Crystal akhirnya.
            “Crystal, apa awak nak buat?” soal Aya. Satu diamond di gelang tangannya dikeluarkan.
            “Cik Crystal,” sapa Jun. Crystal berpaling. Raut yang seringkali tersenyum langsung tidak mengukir senyum.
            “Task Nami, batal,” pendek jawab Crystal. Jun menghulur tangan. Diamond bertukar tangan. Jun tunduk hormat. Butiran diamond itu disimpan didalam bekas khas. Sebutir batu Onyx diberi sebagai ganti. 5 butiran permata di gelang Crystal bertukar warna. Hitam seperti batu Onyx itu. Jun berlalu pergi.
            Aya yang menjadi saksi peristiwa itu tergamam. Dia tahu dengan pertukaran batu utama itu, level Lady itu turun kesatu peringkat. Seperti Crystal, kini dia bertaraf Onyx.
            “Aya,” perlahan suara Crystal. Senyuman terukir. Dia tahu Aya melihat peristiwa itu.
            “Kenapa?” soal Aya. Crystal tersenyum.
            “Aya, will we be comrades?” soal Crystal. Aya terdiam sejenak. Sebelum mengangguk.
            “Crystal perlukan teman untuk tentang visi dan misi Goldilocks, dan Crystal tak boleh buat seorang diri. Mereka nampak Nami sebagai threat kini, Crystal tak boleh hilang seorang pun Lady kumpulan kita.”terang Crystal.
            “Hingga hilang status Diamond?” persoal Aya.
            “Aya, Crystal tak peduli. Itu hanya status.Teman untuk perjuangan tak dapat diganti.” Balas Crystal.
            “Crystal minta diri dulu,” ujar Crystal tiba-tiba. Kyuu muncul disisi Ladynya.
            “Cik, Rei...” Crystal diam. Wajahnya kini tak beriak. Bayang Rei berlalu. Crystal tahu dia perlu bersemuka dengan Rei suatu masa, dan baginya kini adalah lebih sesuai.
            “Kyuu, saya mahu berjumpa Rei,Aya, Crystal minta diri dulu.” Kepala ditunduk sedikit. Perilaku itu turut dibalas Aya.
            “Aya,” sapa Hans.
            “Hans, apa yang  awak dapat?’ soal Aya. Satu fail dihulurkan, Aya membelek fail tersebut. Crystal Van Reid.
            “Hans, dia bukan..” ayat Aya tergantung. Hans menyambung.
            “The only heir left from Van Reid.” Mata Aya meneliti informasi tentang Crystal.
            “Clan Van Reid entah bagaimana terbunuh semuanya kecuali cik Crystal tika itu dia berusia 10 tahun. Namun seminggu selepas kejadian itu, Cik Crystal hilang tanpa dikesan. Menurut seorang saksi, dia ternampak cik Crystal bersama seorang budak lelaki diusia sekitar 10 – 12 tahun dan ditemani 3 orang bersut lengkap dengan lencana Goldilocks. Penduduk sekitar percaya Cik Crystal dibawa ke Akademi ini sejak itu.” Cerita Hans kembali. Aya mengangguk.
            “Siapa budak lelaki itu? Kyuu ke?” soal Aya. Timbul tanda tanya dalam dirinya tentang itu.
            “Bukan Kyuu, tapi Rei,” jawab Hans. Aya diam. Cuba menghubung kaitkan situasi tadi. Lama akhirnya dia faham. Faham kisah Crystal dan Rei.


P/S : Sorry post nie pendek skit....