At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Wednesday, March 24, 2010

Kisah Kita 6: Truth about Lilac


            Ternganga mulut empat pemain NDC mendengar perkhabaran dari pengurus baru mereka. Lilac mengiakan setiap kata Alexa. Casey terdiam lama. Kekecohan pasukannya tidak langsung menjentik emosinya. Freddie memegang bahu Lilac. Meminta gadis itu berterus-terang. Daniel yang baru tiba, terus meleraikan kekecohan itu. Lilac menghampiri Casey.
            “Alexander, awak nak diam je?”soal Lilac. Casey memandang wajah gadis itu.
            “ Semua, playball!!”laung Casey. Lilac diabaikan. Teringat akan kata-kata yang didengari secara tidak sengaja minggu lalu. Lilac mengeluh. Sudah seminggu Casey mengelak dari berbicara dengannya. Buntu dia memikirkan apa yang harus dilakukan.Dia rindu pada Casey yang petah berbicara meski tika itu lelaki itu menyamar sebagai Chris. Chris, dimana lelaki itu.
            “Adrian! Practice your fake atau tak payah buat langsung.” Laung Daniel dari tepi. Alexa dan Lilac saling bertukar cerita. Baru kini Lilac sedar, Alexa tidaklah seteruk mana. Cuma pengaruh Natalia menyebabkan dia begitu. Wisel yang ditiup Daniel menyebabkan mereka berpaling. Casey terduduk dilantai. Lilac dan Alexa berlari ke tengah gelanggang. Namun langkah Alexa tidak sepantas Lilac. Gadis berambut separas bahu itu duduk disisi Casey.
            “Alexander,” kaki Casey dibeleknya. Seingat Lilac, jarang dia melihat baik Casey atau Chris cuai tika bermain. Mutu permainan mereka sentiasa terbaik dipadang masing-masing. Terseliuh itu analisa pertamanya.
            “ Jay, Freddie, tolong Lilac papah Casey ke bilik sakit.”pinta Lilac. Freddie dan Jay segera membantu Lilac. Tubuh Casey dipapah Jay dan Freddie itu didudukkan dikatil. Wajah lelaki itu masih kekal beku.
            “Akak, akak bolehkan dengan Casey?”soal Freddie. Lilac mengangguk. Casey masih membatu. Bibirnya berat untuk berkata-kata. Lilac mulai berang.
            “Alexander. Awak tak pernah cuai macam ni? Kenapa?” Casey masih kekal membisu. Mukanya tak berperasaan, stone, heartless dan apa saja yang seangkatan. Lilac sedikit bengang.
            “ Casey Alexander Adrian!” naik senada suara Lilac. Wajah gadis itu agak masam. Casey merenung wajah gadis itu. Lama, sehingga gadis itu tertunduk. Malu.
            “ Kenapa awak risaukan saya? Bukan dihati awak hanya ada Chris?” soal Casey. Lilac tersentak. Benar, Casey terdengar perbualan itu. Casey mendengus.
            “Maryposa, kenapa susah sangat saya nak dapatkan hati awak? Kenapa dalam banyak-banyak Chris saingan saya?” soal Casey bertalu-talu. Lilac masih membisu. Casey bangun, kesakitan dikaki apalah sangat jika dibanding dengan kesakitan dihatinya.
            “Alexander,” panggil Lilac. Casey turun dari katil pesakit itu dan terus berjalan ke muka pintu.
            “Maryposa, saya mungkin tak sehebat Chris yang berjaya dapatkan hati awak, tapi saya juga mampu untuk terus menyayangi awak...” ujar lelaki itu sebelum melangkah keluar dengan terhincut-hincut. Ryan bertepuk tangan.
            “Drama of the year...Hmm, Casey Alexander Adrian, aku tawarkan dekat kau sekali saja, lepaskan posisi kau, and...”
            “Biar kau jahanamkan team tu? Dalam mimpi Dennis,” sinis suara Casey. Wajah Ryan berubah.
            “ Oh, aku lupa, kau lebih suka bertaruh bukan, apa kata, jika pasukan yang aku bawa ni berjaya kalahkan the unbeatable NDC, aku nak seluruh team NDC keluar termasuk kau,” Casey merenung wajah Ryan, hatinya mulai dibakar kemarahan.
            “ Oh, sebelum tu, aku mahu pengurus kau kekal...Tapi yang lain aku tak mahu...macam mana, okey tak?”
            “Dan kalau kami menang?” ujar Casey. Ryan tersenyum. Jeratnya mengena.
            “Apa saja yang kau nak...”ujar Ryan. Baru saja Casey mahu membuka mulut, Lilac muncul didepan mereka.
            “Casey Alexander Adrian, don’t do that...” Casey memandang wajah Lilac tepat. Wajahnya masih kekal tak berperasaan.
            “Okey, aku setuju, tapi kau kena ingat, kalau kau kalah, kau tak boleh dekat lagi dengan bola keranjang...” putus Casey.
            “Alexander,Alexander...Casey!!Awak tak boleh buat macam tu, mereka team awak...Mereka percaya dekat awak...Lagipun awak cedera...” Casey berpaling. Mengadap wajah Lilac.
            “Awak tak percayakan saya untuk menang?” soal Casey. Lilac diam.
            “ Awak cedera Casey, awak ingat dengan kondisi macam tu, awak boleh bermain dengan baik? Dan awak kena ingat, nasib empat lagi pemain yang ada...Kenapa awak buat macam tu?”selar Lilac akhirnya. Casey tersenyum sinis.
            “Sebab saya yakin dia takkan menang...” satu tamparan singgah diwajah Casey.
            “Itu yang membezakan awak dan Adam. Jangan sesekali underestimate anyone, Alexander...”marah Lilac. Casey memegang pipinya perit ditampar Lilac. Freddie yang menjadi saksi pentengkaran mereka memeluk bahu Lilac. Menenangkan kakak angkatnya itu. Casey hanya memerhati. Akhirnya dia menumbuk dinding. Marah dengan situasi itu. Marah dengan dirinya kerana terlalu ikutkan perasaan.
            Tanpa disedarinya, dirinya diperhatikan Jimmy. Perasaannya mulai berbara dengan tindakan Casey membahayakan posisi setiap mereka. Benar kata Lilac itu. Mungkin mereka berpeluang menang jika Casey tak cedera.
            Langkah diatur malas ke bilik persalinan. Biar Casey sendiri yang memberitahu mereka. Bukan tanggungjawabnya dan yang paling penting, bukan dia yang memutuskan keputusan itu.
            Freddie masih setia disisi Lilac. Memujuk gadis itu. Bukan dia tak nampak. Gadis itu mulai menyukai Casey. Tindak-tanduk gadis itu sudah membuktikannya. Tapi bagaimana gadis itu mahu sedar akan perasaannya itu jika dia asyik menyatakan hatinya hanya pada Chris. Chris. Nama yang menjadi lagenda. Masakan gadis itu tak mengetahui tentang lelaki itu. Pasti ada sesuatu yang terjadi pada gadis itu asalnya. Pasti Lilac sudah mengetahuinya, tapi kenapa gadis itu masih mengharap seolah-olah Chris Adam masih hidup ? Hanya dua orang saja yang mampu menjawab. Stefan dan Damon. Tekadnya, selepas ini dia akan mencari kebenaran dari mereka berdua.
            Jarum jam menginjak ke pukul 6. Lilac sudah berkemas-kemas. Sesekali tangannya itu direnung. Tegarnya dia menampar Casey tadi. Tapi seeloknya itu yang patut diberi pada lelaki itu. Membuat keputusan terburu-buru. Sakit teramat hatinya bila dia menampar wajah itu. Perit seolah-olah pernah dialaminya. Kepalanya mulai berdenyut- denyut sakit. Tapi digagahkan diri untuk tersenyum. Kenapa seolah pernah dia merasa kepedihan itu?
            “Kak Lilac, Sir Damon dan Stefan datang!” beritahu Freddie. Lilac bingkas bangun menghampiri kedua abangnya itu. Baru saja mereka bertiga mahu menlangkah pergi, Freddie memanggil Damon.  Lelaki itu berpaling.
            “May  I have a word with you, Sir?” soal Freddie. Damon mengangguk.
            “Stefan, bawa Lilac balik. Nanti aku balik sendiri.” Stefan mengangkat tangan mengisyaratkan dia faham. Damon duduk dibangku penonton dalam gim itu. Freddie mengambil tempat disebelah Damon.
            “Maafkan saya Sir, tapi saya nak tahu apa jadi dengan kak Lilac. Masakan dia tak tahu langsung apa yang telah terjadi pada Chris...Saya tahu ada sesuatu yang pernah terjadi...” Damon mengeluh. Dia tahu persoalan ini akan terbit, tapi bukan dari mulut anak muda ini. Dari Casey. Tapi Casey, dari cerita Daniel tadi menampakkan lelaki itu turut tertekan.
            “ Kau betul-betul nak tahu?” soalan Damon dibalas anggukkan Freddie.
            “Kenapa?” sekali lagi Damon bertanya.
            “Saya sayangkan kak Lilac sepertimana Sir dan Sir Stefan sayangkan dia...Dan kalau boleh saya mahu dia gembira...” balas Freddie. Itu setulus perasaan yang ada pada Lilac.
            “Lilac, tahu Chris dah tak ada...Tapi dia tak dapat terima hakikat itu...Mereka masih berhubung dulu...Selepas kembar Adrian berpindah. Chris dan Lilac, memang sentiasa saling menyayangi. Ada satu hari tu, Lilac gembira, mendapat panggilan dari Chris yang datang melawat kami dan mahu ketemu dengannya. Tapi dia balik petang tu dengan tangisan. Puas kami pinta dia bercerita, hinggalah, dia bercerita...” Damon terhenti. Masih terasa basah bahunya yang menjadi tempat Lilac menangis. Masih terdengar sedu Lilac tika itu.
            “Chris minta mereka berpisah...Tanpa sebab...Stefan terus saja mencari Chris...Kami rahsiakan ini dari Lilac, Chris sebenarnya sakit.Sakit yang membawa maut. Sakit selepas kemalangan tu...Kemalangan yang heboh tu...Freddie, Chris tak mati kerana accident tu, tapi kerana darah yang diberikan padanya, disahkan HIV positif...Chris tak mahu berpisah dengan Lilac, tapi itu untuk kebaikkan Lilac juga...” Sebaik saja berita kematian Chris sampai pada kami, Lilac pengsan...2 hari. Sebaik saja dia sedar, riaknya seolah tiada apa yang berlaku, malah mulutnya rancak bercerita serta meminta untuk datang ke sini, untuk bertemu dengan Chris...Seolah-olah memorinya tentang peristiwa sedih tentang Chris hilang. Dia trauma...” Freddie terkejut. Jadi memang ada sesuatu terjadi pada gadis itu.
            “ Freddie, tolonglah kami untuk sedarkan Lilac dari mimpi itu...Aku tahu ini agak keterlaluan, tapi kami perlu semua yang boleh untuk membantu. Casey sendiri sudah berputus asa...” beritahu Damon sekaligus menyatakan permintaannya. Freddie mengangguk. Memang itu yang dia mahu..Mahu Lilac gembira direaliti...
            Lama Freddie berteleku disitu, hingga dia tidak menyedari bila Damon berlalu. Yang penting rancangannya untuk menyedarkan gadis itu...

Monday, March 22, 2010

Kebuntuan idea...

salam...omg seriously nina kebuntuan nk sambung Yes My Lady...hmmm..sape ek nk dpt first task dlu ke nk wat group task...then task tu nk wat killernyer ke or juz plain jerk??hmmm...pening...hmm...korg ader idea x...nina mmg ketandusan idea la...tpi nina xmo stop cm tu jerk....

plz2..bgi cadangan korg...nina amat hargainya...

Sunday, March 14, 2010

Diamond 3 : Welcome New Arrivals....


Nami membetulkan riben hitam besar dibajunya sambil diperhatikan Vince. Gaun pendek berwarna hijau itu dikemas-kemaskan sebelum dia berpaling menghadap Vince.
            “Macam mana? Okey tak?” Vince tersenyum sambil mengangguk. Seterusnya Nami memakai kasut tinggi berwarna hitam seperti riben dibajunya.
            “Siap!” jeritnya ceria. Vince tergelak kecil. Tangan dihulurkan pada ladynya sebelum mereka turun ke bilik perbincangan kumpulan mereka. Dibilik kumpulan, Aya sudah sedia menanti dengan gaun ungu dipenuhi dengan manik-manik putih dan sedikit kembang dibawah. Cantik sungguh gadis itu bila bergandingan dengan butlernya yang bersut putih. Gwen juga sudah menanti.Gadis itu kelihatan comel dalam gaun paras lutut berwarna merah dengan riben merah besar dipinggangnya. Klip rambut berwarna merah turut diletakkan dirambutnya. Aya tersenyum melihat mereka. Rainie duduk bersebelahan dengan Aya merenung Ryo.Gaun putih itu sungguh kena dengan wajahnya yang polos itu.
            Luna turun dengan tangannya digenggam erat Rei. Gadis itu memakai strapless gaun berwarna pink terang. Senyuman masih terukir diwajah gadis itu. Rei masih dengan riak tak berperasaannya. Kini mereka menanti Crystal. Gadis itu turun dari tingkatnya dengan bergaun berwarna hitam yang simple. Strap gaun hitam dengan sedikit gubahan dipinggang. Kyuu dibelakangnya membawa kotak berwarna hitam.
            “Maaf kerana lambat. Kyuu, corsage,” ujar Crystal. Suaranya masih lembut seolah-olah berbisik itu sedap didengari oleh mereka yang lain. Kyuu membuka kotak itu.

            “ Ini corsage kumpulan kita,butler, sila ambil dan kalungkan pada lady kamu.” Corsage dari bunga Calla Lily yang serba putih itu diunjuk. Satu demi satu butler melangkah kedepan. Corsage itu diambil dan disarungkan pada pergelangan tangan mereka.
            “Lady, sila ambil corsage untuk butler anda dan pakaikan pada sut butler anda. Dan kita dah boleh bergerak.” Ujar Crystal sebaik saja corsage terakhir dipakaikan pada Jake. Masing-masing bergandingan dengan butler masing-masing ke Great Hall. Sebaik saja mereka melangkah masuk, tepukan gemuruh kedengaran. Lebih kurang 100 orang Lady dan Butler menepuk tangan menyambut kedatangan mereka. Lady Arthura tersenyum senang melihat enam orang gadis itu. Namun wajahnya berubah sesaat sebaik saja terpandang ke arah Gwen dan Jake, itu bukan butler yang dihantar akademi.Cepat-cepat ditenangkan rautnya. Namun tanpa dia sedari, ekspresinya itu dapat ditangkap oleh Aya, Crystal, Hans dan Jake.
            “Baiklah,Selamat Datang kepada Lady dan Butler yang baru...Dengan majlis ini, secara rasminya kamu akan mula mendapat task-task dan perlu berusaha kuat untuk berjaya...Tapi harus diingat, task perlu dibuat disamping kamu akan belajar dengan cemerlang dikelas yang diadakan. 4 orang Lady baru telah menyertai kita setelah menjalani ujian kemasukkan...” Lady Arthura diam sebentar. Mata Rainie berkaca, manakala Nami mengenggam erat lengan Vince. Ryo mengusap perlahan tangan gadis itu yang berada dalam genggamannya.
            “ Dan mereka akan satu kumpulan dengan Sapphire Aya dan Diamond Crystal.” Kedengaran keluhan dari mulut lady-lady yang lain. Mereka cemburu apabila dua pelajar terbaik akademi itu menyertai kumpulan 4 budak baru.
            Usai saja ucapan pengetua, majlis itu terus berjalan dengan Lady dan Butler bebas untuk membuat apa saja. Rainie sudah duduk dikerusi.Ryo memegang tangan ladynya itu lalu membisikkan sesuatu.
            “Rainie, awak jangan risau, Winter semakin ok...Dia dah stabil dah pun.” Rainie memandang Ryo meminta kepastian. Lelaki itu mengangguk. Serentak itu airmatanya jatuh dan dia segera memeluk Ryo. Dibahu lelaki itu dia menangis, tanpa disedari yang lain. Manakala Nami dan Vince sudah keluar dari Great Hall.
            “Cik Nami,” panggil Vince perlahan. Nami berpaling, air matanya mengalir namun bibirnya kekal tersenyum.
            “Nami dah janji dengan papa, Nami tak nak menangis, tapi kenapa air mata ni tak henti-henti lagi?Nami tak nak papa dengan mama sedih tengok air mata Nami nie,”tangis Nami. Dia sudah terduduk di koridor itu. Vince segera mendapatkan ladynya. Air mata yang mengalir diwajah ladynya dikesat. Esakkan Nami masih kedengaran. Tubuh Ladynya dipeluk.
            “Vince, janji jangan tinggalkan Nami, janji tau?”pinta Nami.
            “ Saya akan sentiasa bersama cik, hingga cik yang menolak kehadiran saya lagi,” janji Vince. Lama mereka begitu. Bila tangisan Nami reda, Vince menyuruh ladynya membersihkan wajah sebelum masuk ke Great Hall kembali. Tika Nami ke tandas seorang anak kecil berpakaian hitam menarik tangan Vince. Lelaki itu berpaling. Seorang kanak-kanak bertocang satu memandangnya dan bertanya,
            “Semua okey ke?” Vince tersenyum dan mengangguk.
            “Jangan lambat masuk, nanti mereka risau. Kamu perlu berjalan balik dalam kumpulan.” Pesan gadis kecil itu sebelum berlari entah kemana. Nami yang kembali dari tandas melayangkan tangannya di depan Vince. Lelaki itu seolah terpinga-pinga.
            “Vince,” Panggil Nami. Vince seolah-olah tersedar segera berdiri disebelah Nami. Mereka segera masuk ke dalam Great Hall. Aya yang kelihatan agak cemas menghampiri mereka.
            “Nami kemana awak pergi??Ah tak apalah. Kita kena balik kebilik sekarang.” Nami mengangguk. Hans menghampiri mereka.
            “Cik Crystal dah balik, Aya,”beritahu Hans. Aya mengangguk.
            “Jom,”ajak Aya. Mereka berjalan mengikut aturan masuk tadi. Sesampainya dibilik kumpulan, masing-masing bergerak ke bilik sendiri.
            “Aya, boleh kita berbual sekejap?”ujar Crystal. Aya mengisyaratkan pada Hans untuk naik ke bilik dahulu. Walaupun tidak bersetuju, Hans akur.
            “Yes, My Lady.” Crystal duduk di sofa yang ada disitu.
            “Aya,  kita tak pernah bermula dengan baik, Crystal ingat kita patut bekerjasama, kenal dengan lebih baik...” Aya diam. Dia masih berdiri.
            “ Duduklah dulu, Crystal janji takkan ambil masa yang lama.” Aya duduk. Kyuu menghampiri Crystal. Membisikkan sesuatu.
            “Maaf, Crystal, jika tiada apa-apa yang mahu dikatakan, saya perlu bergerak ke bilik dahulu.” Aya bingkas bangun.
            “Aya, saya bukan seperti apa yang Aya fikirkan.” Ujar Crystal. Aya berhenti melangkah dan dia berpaling mengadap Crystal.
            “ Saya tak boleh bagitahu, siapa sebenarnya, tapi sekurang-kurangnya hanya seorang saja mata-mata. Gwen pandai memilih butler, saya berani tambah.” Beritahu Crystal. Aya memeluk tubuh.
            “ Awak harap saya faham, kenapa awak tak boleh bagitahu saja siapa dia?” soal Aya. Crystal menunduk. Mutiara jernih terbit dari pelupuk matanya. Crystal menunduk. Aya tersenyum sinis sebelum berlalu ke tangga.
            “Sebab dia penting untuk saya,” sayu suara Crystal kedengaran. Aya terhenti, namun seketika kemudian dia terus berlalu. Crystal menangis. Kyuu menghulurkan sapu tangan. Tiga gadis dari kumpulan itu sudah menitiskan air mata mereka pada malam majlis meraikan itu. Mungkinkah esok akan mengalir lagi air mata mereka...

Diamond seterusnya: Task bermula, first task bakal membunuh kah?idk...

Wednesday, March 03, 2010

Diamond 2 : Welcome to Goldilocks, Aya & Crystal



            Seorang wanita anggun berdiri di anak tangga teratas sekali diruang legar itu. Empat orang gadis berdiri bersama butler mereka memandang tepat ke arah wanita anggun itu. Riak masing-masing berbeza namun satu yang sama pastinya keinginan mereka.
            “ Selamat Datang, cik-cik dan butler sekalian. Saya Lady Wendy Arthura, pengetua anda disini. Harus diingatkan segala tindak-tanduk anda melambangkan kemegahan akademi ini. Dan juga, kami memberikan kepada anda kebebasan untuk mengatur sendiri kelas anda...Kenal rakan anda disini, kerana hanya mereka saja yang boleh membantu...Kamu saling memerlukan.” Tiba-tiba saja wanita itu terdiam.
            “ Maaf, Lady Arthura, kami terlambat.” Suara lembut seorang gadis menyapa mereka. Seorang gadis melangkah masuk dengan gemalai. Lady Arthura tersenyum. Gadis itu menunduk. Butlernya menunduk hormat.

            “ Lady, ini Aya Hitomi, dan seorang lagi kamu akan ketemu tak lama lagi,” kenal Lady Arthura. Aya menunduk hormat. Senyuman masih terukir.
            “Lady, biarlah saya mengambil alih disini. Biar saya tunjukkan mereka kawasan sekitar. Lady Arthura mengangguk. Lantas ditinggalkan mereka berlima.
Sebaik saja Lady Arthura berlalu, Aya melepaskan keluhan. Hans segera berlalu kesisi Aya.
“Aya?” Aya mengangguk.
“Hai, saya Hitomi Aya, panggil saya Aya, ini butler saya, Hans,” kenal Aya. Lelaki disisinya menunduk hormat.
“Maaf kerana kepura-puraan saya. Tapi sebelum saya bercerita lebih lanjut, saya ingin mengingatkan kamu, jaga percakapan didepan Lady Arthura dan dia...” Nami mengangkat tangan ingin bertanyakan soalan. Lagak seperti budak sekolah.
“ Siapa Dia?”
“ Seorang lady seperti kita, tapi levelnya lebih tinggi dari mana-mana kita disini. Dia seorang Diamond.”terang Aya. Mereka mengangguk. Aya tersenyum manis.
“Hans,boleh kita mulakan sekarang?” Hans mengangguk.
“Baiklah, Lady sekalian, Akademi Goldilocks adalah sebuah akademi yang dibina khas untuk mengumpulkan gadis-gadis dari serata dunia yang mempunyai kemahiran luar biasa seperti ini,” dari tangan Aya muncul satu ukiran angsa dari ais.
“Mereka disini turut ditemani oleh butler-butler yang berkemahiran tersendiri. Setiap kemasukan akan dibahagikan mengikut kumpulan. 6 dalam satu kumpulan. Setiap lady dan butler mempunyai tahap tersendiri. Bagi Lady, tahap ini dikenali sebagai Level, dan ada 5 level bagi Lady iaitu Amethyst, Sapphire, Emerald, Onyx dan tertinggi sekali Diamond.” Terang Aya.
“Dan bagi butler pula, ada 5 tahap atau  Rank, iaitu Dynamic, Charisma, Phantom, Tyrant dan Bloodshed. Macam, Rei,dia adalah contoh Butler Rank Bloodshed. Dikalangan butler, kamu akan dipanggil mengikut rank dan diikuti nama kamu. Contohnya, seperti saya, Tyrant Hans. Setiap seorang mempunyai rank tersendiri dan mungkin rank itu tak bersesuaian dengan level lady kamu. Seperti Cik Luna dan Bloodshed Rei.” Terang Hans pula. Empat orang gadis itu terangguk-angguk. Butler saling bertukar pandangan, namun lebih tertumpu pada Rei.
“ Baiklah, sekarang kita akan tour seluruh kampus.” Ujar Aya ceria. Baru saja mereka mahu bergerak, satu suara lagi menyapa.

“Hitomi, ini kumpulan kita ke?” soal seorang gadis berpakaian serba hitam kontras dengan Aya.
Aya mengangguk. Gadis itu bersuara lagi, sedikit berbisik namun masih dapat didengari semua dengan jelas.
“Selamat datang. Saya Crystal, ini Kyuu, butler saya...”kenal gadis itu. Mereka berbalas senyuman. Kyuu tertunduk hormat.
“ Maafkan saya, saya ada task perlu diselesaikan. Jumpa nanti ya,” ujar Crystal tiba-tiba. Kyuu mengikut langkah Ladynya. Setelah Crystal menghilang, barulah Aya bersuara.
“Itu Crystal, Diamond dalam kumpulan kita. Diamond boleh dikira bilangannya disini.Hati-hati dengan dia tahu,” pesan Aya.
“ Baiklah mari kita ke Great Hall,” ujar Aya. Dia dan Hans berada didepan sekali. Hans sempat berbisik pada Aya.
“ Aya, salah seorang butler baru tak diketahui ranknya.” Aya mengangguk. Hans melangkah setapak didepan Ladynya dan membuka pintu Great Hall.

“Inilah Great Hall Goldilocks, dewan ini seringkali digunakan untuk acara-acara khas seperti acara kemasukan kamu berempat serta sempena satu kumpulan lagi dibentuk.” Terang Aya. Mereka meneliti ruang hall itu. Tangga berbentuk U, lantai marmar serta tiang seri bewarna emas. Cantik.
“Kita ke Cafe pula...” Langkah diatur mengekori gerak Aya. Tanpa disedari sesiapa kecuali Rei dan Jake, seseorang sedang memerhatikan mereka. Pintu kaca automatik itu terbuka sebaik saja mereka tiba didepannya. Wow...Interior cafe itu seperti cafe-cafe di UK.

Meja kayu solid menjadi penghias. Beberapa orang gadis dan butler mereka sedang enak menjamu selera. Gwen mengosok perutnya yang mulai mencucuk. Laparnya. Dia lupa lagi untuk makan. Eh, bukan lupa, baru saja dia hendak makan lelaki gila tadi menariknya. Salah lelaki itu. Seketika kemudian matanya beralih kepada Jake. Nasib baik lelaki ini ada...Kalau tidak..Eh kejap, nasib baik??Lelaki ini lebih gila dari lelaki tadi. Tapi mungkin juga lelaki ini savernya.
“Kau kenapa?” soal Jake, lebih kepada berbisik. Gwen mengeleng kepala.
“Jadi, boleh kita ikut mereka balik?” soal Jake. Gwen memandang sekeliling. Agak lama juga dia berkhayal tadi. Langkah pantas dilajukan menghampiri mereka yang lain.
“Ini, hmm..boleh dikatakan seperti bilik kumpulan.Dari sini kamu boleh kebilik masing-masing. Nombor bilik ada pada sampul surat masing-masing.” Beritahu Aya.
“ Butler dingatkan, kamu wajib tinggal bersama lady kamu dalam bilik yang sama.” Pesan Hans. Mulut Gwen ternganga.
“Duduk sebilik dengan lelaki ni?” hampir terjerit Gwen menyatakan ayat itu. Luna memandang gadis itu. Wajah blurnya sudah keluar. Rei tersenyum sedikit. Jake sedikit berang. Kepala Gwen diluku.
“Kenapa, kau ada masalah ke?” soal lelaki itu. Gwen mengeleng sambil mengosok kepalanya yang sakit. Bibirnya sudah memuncung.  Gadis-gadis lain kecuali Luna sudah tersenyum. Luna menghampiri Gwen,tangan gadis itu menggosok kepala Gwen. Lembut. Gwen tersenyum.

“ Terima kasih.” Nami dan Rainie sudah menaiki tangga ke bilik masing-masing. Yang masih tinggal hanyalah Gwen, Luna dan Aya. Hans sudah menghilang entah kemana. Rei masih lagi berdiri disisi Luna manakala Jake sesekali memandang tajam kearah Rei.
“ Aya, Task tu, macam mana?” soal Gwen. Luna yang duduk disisinya turut memandang Aya.
“ Kadangkala membahayakan nyawa. Kadangkala seolah tak ada apa...Saya dan Hans sudah mencuba sehabis baik untuk mengetahui mengapa kita setiap lady disini diberikan task mencabar. Setakat ni, masih NIL, tak ada apa-apa...”
“ Dah selidik dari semua cara?” soal Jake tiba-tiba. Mata Rei mencerlung tajam ke arahnya.
“Setakat yang kami tahu, dah,” beritahu Hans.
“Aya, lunch dah sedia.” Beritahu Hans. Aya bangun. Matanya menghantar isyarat agar Hans memanggil Nami dan Rainie. Hans mengangguk. Lima minit kemudian Nami dan Rainie turun sambil berbual. Vince merapati Ladynya.
“ Cik Nami, mini desktop cik berbunyi tadi.” Beritahunya. Nami mengangguk.
“Vince, jangan panggil Nami cik lagi boleh tak?Nami tak suka,”pinta Nami. Vince tersenyum.
“Sudah terbiasa cik, maaf Nami.” Mereka turun menyertai mereka yang lain. -Nami mengeluarkan I-Phonenya. Mujur sistem Carrie dahulu bersambung dengan I-Phonenya. Email? Nantilah akan dibeleknya.
“ Hai, saya Nami,” kenalnya pada Luna. Luna tersenyum.
“ Saya Luna,” Nami memaut lengan Luna dan berjalan bersama gadis itu. Gwen turut sama menyertai mereka berdua.
“Hi, saya Gwen...”
“Nami,” Gadis itu tersenyum lebar. Rainie dan Aya tenggelam dalam perbualan mereka.
            “Silakan menjamu selera,” jemput Aya. Mereka duduk dan butler masing-masing menghidangkan makanan.
            “Rei, duduklah, makan sekali dengan saya,” ajak Luna. Rei mengangguk.
            “Yes, my lady,” ujarnya perlahan. Rei duduk disisi Luna menemani gadis itu makan. Bukan dia tak kenal siapa Luna, biodata gadis itu adalah dalam ingatannya. Luna Dewmore, anak kepada pasangan Dewmore yang merupakan pengeluar tekstil terbesar disitu, namun sayang, keduanya mati akibat kebakaran ketika gadis itu berusia 5 tahun. Sejak itu Ladynya hidup sebagai anak yatim. Nasibnya dan Ladynya itu hampir sama, kecuali, Ladynya sempat merasakan kasih sayang keluarga sedang dia, dari kecil ditinggalkan diakademi itu dan dilatih menjadi butler.
            “Rei, awak okey?” suara Luna agak keanak-anakkan itu menyapa telinganya. Rei tersenyum. Janjinya pada dirinya, Luna akan dilindungi sepenuh nyawa, namun bagaimana dengan arahan akademi itu?Ah, ketepikan semuanya, yang penting ladynya gembira.
            “Maaf, saya minta diri ke bilik dahulu,” suara Rainie menyapa gegendang telinga semua disitu. Ryo perasan akan air muka ladynya yang sedih itu. Dia menunduk hormat sebelum berlalu.
            “Cik Rainie,” panggil Ryo sebaik saja mereka tiba dibilik tidur yang serba putih itu. Perlahan-lahan langkah diatur menghampiri Ladynya yang sedang menangis itu. 

            “Cik,” tubuh Ryo dipeluk Rainie, tangisan tumpah dibaju lelaki itu.
            “Ryo, saya rindukan dia...” Esakan ladynya makin kuat. Ryo mengusap lembut rambut Rainie.
            “ Cik, saya pasti dia sedang berusaha untuk terus hidup, untuk berjumpa dengan cik kembali. Saya pasti cik,”pujuk Ryo. Lama Rainie menangis didada Ryo. Perlahan tangisan gadis itu beransur. Lama juga mereka berdiri sebelum duduk didepan katil. Tanpa disedari, Rainie tertidur. Ryo mengangkat Ladynya ke katil menyelimuti gadis itu sebelum mengucup dahi gadis itu. Langkah diatur kepintu. Dia perlu ke hospital.
            “Maaf, kamu nak kemana?”suara seorang kanak-kanak menyapa gegendang telinganya. Ryo berpaling. Seorang anak kecil dalam usia 11 tahun memandang tepat wajahnya.
            “Saya ada hal. Boleh saya minta tolong kamu?” soal Ryo kembali. Gadis kecil itu mengangguk.
            “Tolong tengokkan Rainie boleh? Saya pergi sekejap saja,” pinta Ryo. Gadis kecil itu mengangguk. Senyum ikhlas terukir dibibir gadis itu. Ryo segera berlari keluar. Hospital itu destinasinya.  
          Tiba saja dihospital itu, dia terus ke meja pertanyaan.
            “Dr. Winter dibilik mana?” soalnya. Jururawat membuka catatan.
            “ Winter, telah lepas waktu kritikal, namun lecur tubuhnya mencapai lebih kurang 65%. Berdoa sajalah dia akan sedar. Itu saja yang kami dibenarkan beritahu. Arahan pihak atasan.”Ryo mengangguk faham. Langkah diatur untuk kembali ke Goldilocks. Risau juga meninggalkan Rainie terlalu lama.
            Ketika dia sampai saja dibilik Rainie, gadis kecil itu sudah tiada, namun seseorang yang lain ada disitu. Diamond Crystal.

            “Cik Crystal,” sapa Ryo sopan.
            “ Baguslah awak dah balik. Malam ni, Rainie ada acara kemasukan rasmi. Seeloknya dia bersiap sekarang. Oh ya, pastikan dia pakai evening dress ya,” pesan Crystal sebelum berlalu keluar. Ryo tunduk hormat sebelum menghampiri almari pakaian. Sehelai gaun paras lutut berwarna biru dikeluarkan bersama wedges ballerina berwarna sama dikeluarkan. Perlahan Rainie dikejutkan. Kesan air mata masih kelihatan diwajah itu.
            “Cik, cik, bangun, malam ini Welcoming New Arrivals,” beritahu Ryo.
            “Kalau awak terus panggil cik, saya tak mahu bangun,” ugut gadis itu. Ryo tertawa kecil.
            “Baiklah, Rainie, bangun, bersiap...Baju dah disediakan. Saya menanti diluar.” Beritahu Ryo. Sebaik saja Ryo keluar, Rainie terus bangun. Senyuman terukir dibibirnya.

Monday, March 01, 2010

Diamond 1 (ii) : Acceptance To Goldilocks, Nami & Gwen


Nami & Vince

            Sekitar rumah agam itu dikitari Nami. Kosong. Pelik sungguh dia, mana pergi semua orang...Macam tak tahu saja hari ini hari istimewanya.
            “Waaa!!Bosannya!!” jerit Nami. Pedulikan apa yang mahu orang kata.
            “ Carrie, pasang lagu anime!” arahnya pada sistem yang dicipta sendiri itu. Tubuhnya berbaring diatas katil. Baru saja dia mahu melelapkan mata, kedengaran loceng dipintu.
            “ Carrie, CCTV,” arahnya lagi. Di desktop komputer keluar bayangan seorang lelaki. Ada sesuatu tersisip dibelakang lelaki itu. Nami mengamati wajah itu melalui CCTV. Komputer itu bergerak sendiri menangkap gambar lelaki itu dan membuat cross reference dengan segala database yang wujud.
            “ Maklumat diperoleh. Nama yang diketahui Vince, Asal dan data lain NIL” kuat bunyi komputer itu. Nami segera menuruni tangga.
            “ Carrie, volume down!” arah gadis itu sebelum pintu dibuka.
            “Selamat siang, cik Nami.” Ujar lelaki itu sambil tunduk hormat. Wow, kalau ditengok pada kamera, comel, tapi secara livenya kacak!!
            “Saya, Nami kenapa?” Nami meneliti setiap inci lelaki didepannya. Lencana yang tersemat dikolar lelaki itu menarik minatnya.
            “ Goldilocks? Kau dari sana!!” pintu ditutup namun sempat ditahan oleh Vince.
            “Carrie, security activate!!” laung Nami. Namun Vince lebih pantas, dia sempat bolos masuk ke dalam sebelum sistem sekuriti diaktifkan. Sampul surat berwarna hijau dihulur pada gadis itu sebaik saja mengahnya hilang.
            “ Saya menolak...”ujar Nami. Tangannya disilang ke dada.
            “ Cik, ini juga bukan pilihan saya...” luah Vince. Nami diam. Tangannya mengapai surat itu dan membukanya, terus ke lembaran kedua.
            Tik,tok,tik, tok...masa berlalu Nami, cepat bergerak atau tinggal dendam nanti...
            Cepat mindanya mencernakan data itu.
            “Carrie, locate mama dengan papa sekarang.Vince awak reti memandu?” soal Nami. Tangannya mencapai notebook personalnya.  Kunci kereta dibaling kepada Vince dan lelaki itu berjaya menyambutnya. Langkah diatur laju keluar, Vince turut sama mengikut ladynya itu. Enjin kereta dihidupkan. Nami memasang notebooknya kepada kereta itu. Sebentar kemudian kereta itu meluncur laju ke destinasinya.
            Sebuah kereta mewah tersadai ditepi jalan. Nami keluar dari kereta menghampiri kereta itu. Pemandunya sudah tidak bernyawa. Matanya melilau. Hutan kecil ditepi diredahinya. Vince masih setia mengekor ladynya itu.
            “Mama, papa!!”jerit Nami. Naluri Vince mulai berkocak. Tangan Nami ditarik. Diisyaratkan pada gadis itu agar diam. Dari jauh, sudah kelihatan Tuan Saora. Nami menitiskan airmatanya bila melihat tubuh Puan Saora kaku bermandikan darah. Nafas papanya juga sudah makin lemah. Entah dari mana muncul sekumpulan lelaki menghampiri papanya.
            “ Aku tahu dengan matinya kau hari ni, empayar keluarga kau dah tak ada pewaris. Yalah, anak seorang dah lama hilang.Pasti tuan aku akan menguasai dunia perniagaan nanti...” uajr lelaki itu. Nami faham. Mama dan papanya menyebarkan berita kehilangannya adalah untuk melindunginya dari manusia seperti didepannya dan jua akademi itu. Rambut tuan Saora ditarik.
            “Pa,” perlahan suara Nami. Vince turut kasihan melihat ladynya pantas keluar dari persembunyian dan menyerang kumpulan berbaju hitam itu. Lelaki yang menarik rambut tuan Saora terkejut, namun sempat jua melarikan diri. Nami segera menghampiri papanya yang lemah itu.
            “Papa, pa...” panggil gadis itu. Air matanya mengalir laju. Tuan Saora tersenyum. Wajah anak kesayangannya itu diusap perlahan. Nami memangku kepala papanya.
            “Dah tak cantik anak papa menangis. Shh..Sayang, janji dengan papa, Nami takkan menangis lagi...Janji ya, sayang...Nami, papa tahu, Nami tak suka Goldilocks, tapi, itulah tempat paling selamat untuk Nami...Mama,” Pandangan Tuan Saora jatuh pada isterinya yang sudah kaku itu.
            “ Dengan papa, restu kamu ke sana sayang. Ingat janji dengan papa, jangan menangis lagi...Nami, selamat hari jadi...” payah dan perlahan suara Tuan Saora sebelum nafasnya terhenti. Nami meraung disitu juga. Salah dia lambat.
            “ Pa, ma, kenapa tinggalkan Nami??Nami tak ada sesiapa lagi...” esak gadis itu. Dahi papanya yang merah dibasahi darah dikucup perlahan. Vince melutut disisi Nami. Gadis itu masih teresak-esak. Vince buntu. Bagaimana harus dipujuk ladynya itu. Lantas dibiarkan gadis itu menangis sepuasnya. Tiba-tiba Nami berdiri, siren kedengaran dari jauh.
            “ Vince, jom...Mereka tak boleh tahu Nami Saora tak pernah hilang.” Lantas Nami berlari ke kereta mereka. Tempat duduk pemandu diambilnya. Vince duduk disebelahnya. Nami memandu laju kereta itu ke destinasi entah dimana. Tiba-tiba kereta itu berhenti. Nami menangis pada stereng kereta itu. Vince diam. Perlahan-lahan tubuh ladynya ditarik dan dipeluk. Nami masih lagi dengan tangisnya.
            Sesudah tangisannya reda, Nami bertanya,
            “Vince, awak satu-satunya yang saya ada sekarang. Janji pada saya, awak takkan tinggalkan saya, melainkan saya yang pinta, janji?” Nadanya seolah-olah merayu.
            “Yes, my lady...” jawab Vince. Nami menolak tubuh Vince.
            “Carrie, bring us back home...Saya tak mahu drive...Perlahan kereta itu bergerak sendiri. Sudah kelihatan rumah agam Saora. Nami melangkah masuk. Vince masih mengekori ladynya. Nami mengemas barangnya mengikut kehendaknya, termasuk buku akaun, dan kredit kad diatas namanya.
            “Tunggu diluar rumah...Jangan risau saya takkan lari,” senyuman diukir pada Vince.  Vince akur pada arahan itu. Lima minit kemudian, Nami keluar membawa beg-beg pakaiannya.
            “Carrie, self-destruct in 10 seconds!” arahnya selepas barang-barang itu dimasukkan kedalam kereta. Vince sudah menanti ditempat pemandu. Lelaki itu memandu keluar dari pagar rumah besar itu. Letupan berlaku. Nami berpaling.
            “ Nami janji papa.” Bisik Nami perlahan. Pandangan Nami beralih kepada Vince.
            “ Bawa Nami ke Goldilocks Academy,” pinta Nami. Vince tersenyum.
            “Yes, my lady.”  Laju kereta itu dipandu kearah Goldilocks.

Gwen & Jake.

            “Aku cakap tak nak, tak nak lah!!!” marah Gwen. Bengang betul dia dengan lelaki bersut didepannya. Sudah diberitahu sejelasnya keputusannya.
            “Tapi cik, nama cik memang sudah didaftar disitu.”
            “Ada aku kisah? Kalau aku masuk pun, aku tak nak kau jadi butler aku!!Aku nak dia jadi butler aku,” tarik Gwen. Seorang lelaki berjaket merah. Wajah lelaki itu agak terkejut.
            “Kalau dia jadi butler aku, baru aku masuk.” Wajah lelaki bersut itu mulai merah.Panas agaknya. Lelaki berjaket merah hanya memerhati. Gadis yang sedang memeluk erat lengannya dipandang. Mata gadis itu menjegil kearahnya. Amboi tak padan dengan kecil. Matanya tiba-tiba tertangkap pada kolar sut lelaki didepannya.
            “Bloodshed Jun,” ujar lelaki itu perlahan. Jun nama lelaki bersut itu.
            “ Cik, saya adalah butler cik yang ditetapkan akademi.” Paksa Jun lagi.
            “ Maaf, aku rasa cik,” lelaki berjaket merah itu menunjuk kearah Gwen.
            “Gwen Adelaide,” ujar Gwen.
            “Cik Gwen, akan masuk tapi bukan kau Jun sebagai butlernya, tapi aku...Cik Gwen Adelaide, saya butler cik, nama saya Jake,” kenal Jake. Tangannya mengambil sampul berwarna merah ditangan Jun dan menyerahkannya pada Gwen. Gwen terpinga. Namun sampul itu tetap disambutnya. Sampul itu dibuka.
            Sukacitanya kami mengalu-alukan kedatangan cik ke Goldilocks Academy. Bersama ini, disertakan task pertama cik...
            Jake mencuit bahu Gwen. Jun memandang tak senang. Gwen tersengih.
            “ Aku dah ada butler kan...Aku akan pergi lepas task ni siap,” beritahu Gwen. Lelaki itu segera berlalu. Gwen tunduk hormat tanda terima kasihnya. Namun sebaliknya berlaku, lelaki itu merampas surat ditangannya.
            “ Lambat betul!” marah Jake. Gwen mencebik. Jake membaca task Gwen itu.
            “ Air yang diperlukannya, bukan darah...Kasihan mereka yang bertungkus-lumus itu...Ayuh selamatkan mereka...” baca Jake. Gwen diam. Teringat akan berita pagi tadi tentang keluarga Saora. Jangan-jangan hutan itu tak...Gwen terus berlari. Jake terkejut dengan tingkah Gwen itu lantas mengejarnya.
            Hutan tu dekat je..bisik hati Gwen. Mengah Jake dibuatnya. Gwen berhenti betul-betul disebelah kereta polis yang masih menjalankan siasatan. Telinganya dapat menangkap jeritan lain didalam hutan. Jake menepuk bahunya.
            “ Ada orang dekat dalam. Kita kena tolong...” beritahu Gwen. Nafasnya juga tidak teratur. Jake mengeluh. Tubuh kecil Gwen didukung.
            “Lead me the way, my lady...” Gwen hampir terjerit bila melihat mereka terapung.
            “ Budak-budak,” dengus Jake. Gwen mengetap bibir. Suara jeritan makin kuat. Dari jauh kelihatan seorang gadis dipukul teruk. Pemuda disisinya sudah pengsan.
            “ Kau duduk dekat sini, “ arah Jake. Jake menghampiri lelaki yang sedang memukul gadis itu. Namun sebelum sempat dia sampai, seseorang telah curi memukulnya. Gwen nampak itu. Perlahan-lahan diarahkan akar yang berselirat menangkap kaki lelaki itu.
            Lelaki yang sedang memukul sang gadis beralih pada Jake. Sekali lagi, Gwen menggunakkan kelebihannya. Entah darimana jatuh buah kelapa dari pokok tinggi itu. Kedua-duanya pengsan. Jake mengangkat lelaki yang sudah pengsan itu. Manakala Gwen cuba memapah gadis yang lemah itu. Baru saja melangkah dua langkah, tubuhnya terapung. Jake. Mereka berdua saling berpandangan. Sebaik saja keluar dari hutan itu, tubuh kedua-dua mangsa diletakkan ke tanah. Tiba-tiba saja mereka diserbu. Gwen memandang ke arah Jake. Menghantar isyarat dia mahu keluar dari situ. Jake menunduk,
            “Yes, my lady...” Serentak itu tubuh gadis itu didukung. 

Next Diamond: Ada lagi 2 lady dan butler yang nina xintroducekn lagi...next chapter la ek...wish nina all the best tuk final ni...