At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, February 28, 2010

Diamond 1(i): Acceptance to Goldilocks Luna and Rainie


Luna & Rei

            “Cik Luna,” Luna tergaru-garu kepalanya. Luna tu bukan bulan ke??Luna memandang ke arah langit cerah lagi...Bayangan bulan tidak kelihatan. Tapi, Luna, itu seperti pernah didengarinya.
            “ Cik, cik Luna,” panggil suara itu sekali lagi. Hah, baru dia teringat, namanya Luna, tapi sejak bila dia ada cik didepannya. Wajah si pemanggil direnung. Seraut wajah comel, berambut sedikit kemerahan seperti warna api. Kulit putih, mata berwarna coklat gelap. Leka Luna memerhatikan lelaki itu. Tangan lelaki itu berada tepat didepan wajahnya. Serentak itu, lengan baju lelaki itu disambar api yang entah dari mana wujudnya. Hanya Luna dan lelaki itu memahaminya. Secepat mana baju itu disambar api, secepat itu juga api itu malap. Lelaki itu menunduk hormat padanya.
            “Maaf, cik Luna, kerana mengejutkan cik, saya, Rei, dan saya akan menjadi butler cik...” Luna terpinga. Satu persatu kata lelaki itu diterjemah ke mindanya.
            “ Butler? Untuk apa?” soal Luna. Rei tersenyum, sampul berwarna pink dihulur pada gadis itu. Luna membukanya.
            “ Tahniah, anda terpilih ke Akademi Goldilocks. Bersama surat ini, kami telah mengepilkan task pertama anda, Cik Luna Naoki.” Baca Luna satu persatu.Wajah Rei dipandang.
            “ Bila saya memohon masuk?” sebaik saja selesai soalan itu diutarakan, satu pancaran kilat singgah begitu hampir dengan dirinya. Mujur Rei pantas menarik tangannya. Senyuman lelaki itu hilang.
            DUMMMM!!!
            “Cik Luna, task cik dah bermula,” itu saja yang dikata sebelum tangannya menyalakan pemetik api. Api yang terhasil dikawal dan menyerang ke satu arah. Luna tergamam. Namun segera, dihasilkan api untuk membantu Rei.Cekap lelaki itu mengawal api yang dihasilkan. Luna meneruskan pembacaan surat itu.
            Acceptance task: Hati-hati takut diri sendiri terpadam, datang kilat petanda ia datang. Lawan atau Lari.
            “ Rei, awak nak lawan atau lari?” soal Luna. Sambil itu mindanya cuba menyelesaikan ayat pertama.
            “Rei!!Lari sekarang!!” jerit Luna tiba-tiba. Rei akur, tubuh Luna didukung masuk ke dalam sebuah bangunan lama.
            “Cik, kenapa kita kena lari?” Luna menyerahkan surat berisi task itu.  Rei membaca sekilas.
            “Apa jawapan yang cik fikirkan?” soal Rei mahu menguji Ladynya itu.
            “Huh? Saya rasa ribut...Sebab api saya setakat air takkan terpadam...Hanya ribut...” jelas Luna. Serentak itu mulutnya ditutup. Rahsia terbesarnya. Rei tertawa.
            “Cik Luna Naoki, saya sedia berkhidmat...” ucap Rei.
            “Boleh kita balik sekarang?”soal Luna.
            “Yes, my lady...”ujar Rei.

Rainie & Ryo:

Ryo berulang kali menggosok matanya. Biar betul alamat ini...Dekat asylum pula tu. Janganlah ladynya seorang lunatik.
            “ Terima kasih, Rainie sebab sudi tolong kami disini.” Ryo berpaling, Rainie Mitchell. Gadis berwajah keanak-anakkan itu ladynya. Lantas dihampiri gadis itu.
            “Cik Rainie?Selamat berkenalan. Pasti cik sudah terima surat dari Goldilocks Academy bukan?”soal Ryo. Rainie mengangkat tangannya.Mengisyaratkan lelaki itu agar diam.
            “ Ya, saya dapat, tapi saya tak berminat...Jadi boleh saya pergi sekarang?” soal Rainie. Ryo memegang tangan Rainie, kejap.
            “Boleh saya tahu apa task cik?” soal Ryo. Masakan gadis itu masih boleh tenang jika task sudah diterima. Rainie terdiam.
            “Kenapa?”rasa ingin tahunya bagaikan dijentik oleh pertanyaan Ryo itu.
            “ Mustahil jika task cik tak bermula lagi...Bila cik buka surat itu?”soal Ryo kembali.
            “ Sebaik saja saya dapat.” Serentak itu tangannya mencari dalam beg tote yang dibawa kemana saja. Sampul bewarna biru dikeluarkan.
            Kesedihan merupakan penantian terakhir.Salah siapakah takdir atau diri sendiri?
            Ryo terdiam. Menafsirkan erti task itu. Tiba-tiba saja langit mendung.
            “ Cik tak memainkan?” soalnya tiba-tiba. Rainie terkejut. Main-main? Macam mana dia tahu aku boleh kawal cuaca ini?
            “ Tak, itu lumrah alam." Dentuman kilat mengejutkan Rainie. Telinganya ditutup. Takut. Mengigil tubuh gadis itu. Kasihan Ryo melihat gadis itu. Segera dipeluk tubuh kecil Rainie.
            Dari jauh kelihatan asap berkepul-kepul menjulang keudara. Rainie segera berlari ke arah asap itu. Dia jatuh terduduk. Tak mungkin. Air matanya menitis laju. Kelihatan ramai orang berpusu-pusu keluar. Dari jauh seorang sedang berlari meninggalkan asylum itu. Orang ramai mula berpusu-pusu keluar. Rainie bangun mendapatkan seorang jururawat.
            “Kak, doktor Winter mana?”soalnya. Jururawat itu terpinga-pinga. Kemudian menunjukkan ke arah bangunan yang marak dijilat api. Rainie mahu berlari masuk kedalam. Mindanya hanya terfokus pada Winter. Tangannya ditarik Ryo.
            “Gunakan kelebihan awak cik,” bisik Ryo. Rainie menunduk faham. Mindanya mula melukis gambaran hujan maha lebat, Menjadi, dalam kadar yang sungguh sekejap, langit mulai mendung. Hujan turun berjaya memadamkan sedikit sebanyak api itu. Ryo tiba-tiba menghilang. Api hampir terpadam. Ryo melangkah keluar dari bangunan yang hangus itu sambil memapah seseorang yang cedera agak teruk. Rainie kenal akan lelaki itu.
            “Abang Winter!” dia mendapatkan Ryo dan lelaki itu. Air matanya menitis lagi.
            “ Rainie,” Lemah suara Winter menyapa telinganya. Tangan Rainie menyentuh lembut wajah tunangnya itu.
            “ Jangan lupa untuk senyum, dan Ryo, jagakan Rainie untuk aku,” pesan Winter payah. Sakit kian menyerang. Winter menahan sakit. Hampir 60% tubuhnya melecur.  Air mata Rainie masih lagi menitis laju. Winter merenung wajah gadis itu cuba mengumpul sebanyak mana yang dia mampu ingat tentang gadis itu. Perlahan-lahan matanya tertutup. Tangisan Rainie makin kuat. Ryo yang memangku kepala pemuda itu memeriksa pernafasan. Ada tetapi lemah.
            “ Cik Rainie, telefon ambulans. Dia boleh survive...” beritahu Ryo. Baru saja Rainie mahu menelefon ambulan, sudah kedengaran siren. Tubuh Winter yang parah itu dibawa masuk ke dalam ambulans. Rainie turut sama ikut, gadis itu berpaling ke arah Ryo,
            “ Awak akan ikutkan? Awak akan temankan saya kan?”soalnya. Ryo tersenyum.
            “ Yes, my lady,” perlahan namun dapat ditangkap oleh Rainie. Gadis itu tersenyum kecil. Langit yang tadinya mendung, basah dek hujan beransur cerah. Setenang emosi gadis itu.
            Tanpa mereka sedari baik butler dan lady, seseorang tersenyum. Tanpa mereka sedari, 2 task itu saling berkait. Satu menyebabkan satu yang lain terjadi...

Next post : Kita akan berkenalan dengan 4 lagi Lady and their gud looking butler...

Saturday, February 27, 2010

Yes My Lady, Diamond Prologue

Akademi Goldilocks, sebuah akademi khas untuk anak-anak gadis yang memiliki anugerah luarbiasa. Kedatangan mereka turut disertai butler-butler yang kacak yang turut memilik kelebihan masing-masing.
Setiap gadis yang mendaftar masuk akan didampingi butler, seolah-olah mereka diikat oleh benang takdir. Takdir yang menentukan disisi siapa sang butler kacak harus berdiri...
Tanggungjawab mereka di Akademi Goldilocks bukanlah sesenang yang semua sangkakan. Sebagai ujian kemasukkan, mereka akan diberi tugasan atau lebih senang dikenali sebagai Task. Task ini perlu diselesaikan mengikut keupayaan masing-masing. Setiap task perlu diselesaikan hanya dengan bantuan butler masing-masing. Kemasukkan ke Akademi ini tidak mengikut edaran persekolahan. Pelajar akan diterima masuk sekiranya mereka berjaya menyelesaikan Task mereka.
Sesudah diterima masuk, mereka akan belajar seperti mana pelajar disekolah lain belajar dengan tambahan kelas untuk mengasah anugerah mereka. Mereka juga harus belajar mengikut bidang kerjaya yang sesuai dengan anugerah mereka.
Umur mereka yang melangkah masuk ke akademi ini berbagai. Namun umumnya, mereka yang memasuki akademi ini mermula dari usia 3 tahun ke atas. Kelayakan bukan atas dasar status, tapi atas dasar keupayaan.
Namun disebalik prestij yang dimiliki akademi ini, hanya pelajar dan butler mereka saja yang mengetahui, sebaik saja mereka lulus ujian kemasukkan itu, mereka akan menerima Task yang mencabar, menduga keupayaan serta mampu membuat nyawa mereka dalam kebahayaan. Mereka perlu berusaha keras untuk mencapai level tertinggi untuk keluar dari akademi ini. Mereka perlu menyelesaikan semua task.
Disini takdir enam gadis dan butler mereka terikat. Setiap apa yang terjadi risiko mereka sendiri yang tanggung. Bukan kehendak mereka untuk menjejaki ke akademi penuh berprestij ini, tapi itulah takdir...

Sunday, February 07, 2010

Kisah Kita 5 : Casey, Chris??


Casey dan Jay sibuk menemuduga sebahagian daripada gadis-gadis yang beratur itu. Begitu juga yang lain. Calon seterusnya dimeja Casey dan Jay, Natalia. Casey dan Jay berpandangan sebelum Casey mula berkata-kata,
            “Kami perlukan seseorang tanpa komitmen...Bukan seorang ketua pasukan sorak.”  Wajah Natalia masam. Ryyan yang berada dimeja sebelah terus menyampuk,
            “ Tapi kalau dia boleh bagi komitmen tak salah bukan?Lagipun ramai saja yang dah berjawatan dekat sini nak mencuba.” Casey dan Jay berpandangan. Ahli-ahli NDC memandang Casey menanti keputusan lelaki itu. Casey diam lama. Akhirnya, dia berdiri.
            “Harap maaf, sebagaimana kami mahu mengamalkan dasar siapa pun boleh mencuba, kami ingin menetapkan satu garis panduan paling utama. Sesiapa yang berjawatan, permohonan anda ditolak on the spot,” tegas Casey. Kedengaran keluhan dari gadis-gadis yang memenuhi gim itu. Daniel tersenyum. Casey cepat membuat analisis keadaan. Satu sifat yang penting bagi seorang captain. Hampir separuh daripada gadis yang memenuhi ruang gim itu beransur keluar dengan wajah masam. Natalia geram. Tanpa disedarinya, Alexa turut beratur dalam kalangan gadis-gadis yang masih tinggal. Lilac? Tanpa sesiapapun menyedarinya, dia duduk dikerusi penonton, memerhatikan barisan gadis makin pendek. Dia leka memerhatikan mereka sehingga tiba kepada 3 orang gadis terakhir. Dia kenal gadis dimeja Jimmy dan Kei, Alexa kalau tak silap. Matanya beralih kepada meja Ryyan dan Freddie. Ryyan sedari tadi membentak. Kasihan pula pada Freddie. Leka dia memerhatikan tingkah kelima-lima mereka tanpa menyedari dua pasang mata merenung dirinya. Satu pandangan yang penuh dengan cinta dan rindu, dan satu lagi penuh dengan api dendam yang membara.
            “ KAK LILAC!!” panggil Freddie tiba-tiba. Lilac terkejut. Empat pasang mata kini tertumpu pada dirinya. Isy, Freddie ni...Lilac sekadar mengangkat tangannya. Wajahnya sudah merah malu. Siapa tak malu jika ditenung lima jejaka terhangat di kolej. Casey bingkas bangun. Yang lain agak terkejut. Tangan Lilac ditarik dan mereka melangkah keluar. Kejap pegangan itu. Lilac
            “Chris, Chris, Chris Adam!!” jerit gadis itu akhirnya. Casey terpana. Apa yang dah dia lakukan. Segera pergelangan tangan gadis itu dilepaskan. Merah. Wajah Lilac basah dek airmata. Pantas tangan Casey menyeka airmata itu, tanpa disedarinya dia menuturkan nama itu,
            “ Maryposa,”perlahan namun dapat ditangkap Lilac. Lilac memandang wajah Casey. Tangan jejaka itu dipegang. Casey bagaikan tersedar dari kesilapannya tadi. Aduhai, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, hah terimalah padahnya. Wajah lelaki didepannya berbalam. Perlahan dia menuturkan,
            “Casey?” Casey masih membeku. Bibir gadis itu bergetar menahan tangis. Tangan Casey dilepaskan begitu saja. Tangannya menutup muka. Tangisannya makin kuat. Casey tergamam. Perlahan tangannya menarik kepala gadis itu ke bahunya.
            “Maaf,”gumam Casey. Lilac menangis dibahu Casey. Bibir Casey tak habis-habis menutur maaf. Lilac diam. Lama. Tubuh Casey ditolak. Wajah Casey dipandang lama.
            “ Saya nak jumpa Chris.” Ujar gadis itu tiba-tiba. Casey terdiam.
            “Casey!” panggil Jay. Nafasnya termengah-mengah. Wajahnya kelihatan gusar. Casey memegang bahu Jay. Menyuruhnya bertenang.
            “Freddie...Dia...Ryyan...”tiga patah perkataan itu menyebabkan dia berpusing.Untuk masuk kedalam gim.
            “Maryposa, saya harap sangat awak jadi pengurus kami. Awak sendiri dapat analisa perilaku kami bukan, tolong. Demi Chris, sepertimana saya disini...”pinta Casey. Dia segera berlari anak bersama Jay. Lilac turut sama melangkah ke gim. Agak terkejut melihat wajah Freddie. Ryyan tersenyum sinis. Kei dan Jimmy sedang menahan Freddie dari terus menyerang Ryyan yang masih seronok memprovok Freddie. Casey mencerlung tajam kearah Ryyan. Daniel juga cuba menenangkan Freddie.
            “Dennis!!” gema suara Casey kuat. Ryyan berpaling wajahnya seolah mencabar apa jua tindakan Casey padanya.
            “Oh, great, kapten kesayangan kau dah sampai. Macam ni kau cakap sesuai jadi kapten?” provok Ryyan. Kali ini, Kei membalas.
            “ Sekurang-kurangnya, dia hormatkan orang lain.”
            “Ryyan, aku rasa sepatutnya langkah ini diambil dari dulu lagi, kau, bukan lagi team nie...Freddie you, will replace him, understand?”putus Casey. Ryyan menunjukkan riak tak puas hatinya.
            “ Kau nak selamatkan posisi kau sebagai kapten ke, Adrian?” soal Jimmy.  Wajah mereka yang lain terkejut.
            “ Jimmy,” tegur Kei. Jay turut mempamerkan riak tak puas hatinya.
            “ Okey, maybe mungkin minat aku sebenarnya bukan pada bola keranjang, tapi kau tak nafikan, aku dan Chris, kami main style yang sama, Jimmy. Tapi lepas aku ambil alih tempat dia, aku jatuh cinta pada bola keranjang demi Chris. Aku lead korang pun kerana skill yang Chris dah tunjukkan pada aku...Apa beza aku dan Chris?” soal Casey kembali.Suaranya sebak. Chris. Jimmy terdiam. Ryyan menendang kerusi yang berdekatan dengannya. Lilac turut sama terdiam. Persoalan itu jua untuknya. Apa bezanya Alexander dan Adam? Lama dia memerhatikan raut Casey. Freddie yang dipegang Jimmy dan Kei tadi sudah terduduk. Lilac menghampiri Freddie. Kasihnya telah tertumpah pada lelaki itu saat dia mengenali anak muda periang itu.
            “Kak, maluu Freddie depan akak. Aisy..” ujar pemuda itu sambil tersenyum seperti selalu. Namun senyumnya tak lama, kerana dia menyeringai kesakitan akibat luka di bibirnya akibat ditumbuk barangkali. Lilac mengeleng perlahan.
            “ Isy, adik akak ni, kan dah sakit tu...Jom kita pergi bilik kesihatan.”Lilac memapah tubuh lampai Freddie. Perlahan langkah mereka dihantar oleh pandangan ahli kelab yang lain.
            “ Coach, kami nak dia jadi manager kami,” putus Kei dan Jay serentak. Jimmy masih membisu. Casey hanya memerhati bayang Lilac dan Freddie sebelum berpaling mengadap mereka.
            “Coach, saya bukan bersifat bias, tetapi, Lilac Maryposa Andrews is the best candidate. If my brother is here, he would agree to...”lirih suara Casey. Kadangkala mahu saja dia melupakan segalanya dan mengejar bola sepak. Namun demi Chris dia rela bertahan. Alang-alang dah main, apa salahnya teruskan.
            “Casey,” panggil Jay, sebaik saja Daniel menyuruh mereka bersurai. Kata sepakat sudah diputuskan. Lilac pengurus baru mereka.  Casey membisu. Tidak menghiraukan sebarang panggilan. Beg galasnya disandang dan langkah diatur ke bilik sakit. Diluar bilik sakit, langkah Casey terhenti sebaik saja mendengar sesi memujuk antara Freddie dan Lilac.
            “ Akak, Freddie minta maaf, kalau Freddie risaukan akak. Kak Lilac...Please...Okey, Freddie janji takkan gaduh lagi, please akak,” pujuk Freddie. Lilac yang sedang mencuci luka diwajah Freddie memandang wajah Freddie, lama.
            “ Freddie, tahu tak, masa mula-mula Freddie tolong akak, akak dalam hati cakap, nie adik akak...Kakak tak nak tengok adik akak bergaduh. So, boleh janji dengan kakak, takkan gaduh lagi?”pinta Lilac  pula. Freddie tersenyum sambil mengangguk. Lilac tersenyum senang.
            “Hmm..muka macam ni nak balik rumah ke?” soal Lilac. Freddie melihat refleksinya dicermin. Agak jelas kelihatan lebam diwajahnya. Segera dia menggeleng. Lilac mengosok kepala Freddie.
            “Kamu nie, dah tidur rumah akak je malam nie...Nanti kakak telefon ibu cakap Freddie tidur rumah akak malam nie,” putus Lilac. Freddie tersengih segera memeluk Lilac.
            “Sayang kakak!!” Lilac sibuk mengemas barangan yang digunakkannya tadi.
            “ Kak, Freddie nak tanya boleh?” pinta Freddie tiba-tiba. Casey membeku dibalik pintu.
            “ Tanyalah.”
            “ Orang yang akak cerita dekat Freddie dulu, Casey ke?” soalnya . Casey terusan diam.
            “Chris, bukan Casey...Kakak datang hanya untuk cari Chris...” luah Lilac. Casey memegang dadanya. Perit. Nama Chris masih bertakhta dihati Lilac.
            “Tapi bukan ke...” perbualan itu terhenti sebaik saja kedengaran suara Jay memanggil Casey diluar.
            “ Casey, kau buat apa dekat luar ni?” Lilac terkejut. Tak mungkin lelaki itu dengar.
            “ Erm aku nak bagitahu our new manager bout her appointment. Erm, Maryposa, awak adalah manager baru kami along with Alexa.” Beritahu Casey menutup kekagetannya. Senyuman diukir. Perasaannya seperti mana dia meninggalkan bola sepak untuk bola keranjang. Hati Lilac masih pada Chris. Casey masih lagi mengukir senyuman.