At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Friday, January 15, 2010

Kisah Kita 4 : Audition For Manager??

“Adrian!” panggil Damien. Daniel disisi Damien tersenyum. Casey menghampiri Damien dan Daniel.
“ Ini, form ni, tolong lekatkan diboard notice, bagitahu pemain lain, pemilihan untuk menggantikan Chrissy dibuat pada minggu depan, got it?” soalan mengakhiri arahannya. Casey mengangguk.
“ Coach, do we really need to limit to girls only?” soal Casey.
“ Well, kalau kamu rasa lelaki boleh buat kerja and rajin, saya tak kisah,” balas Daniel. Casey mengangguk. Dia menunduk hormat sebelum berjalan pergi. Tanpa disedari sesiapa, perbualan antara mereka bertiga itu, didengari oleh Wicked QBees.. Senyuman terukir dibibir Natalia. Dia pasti kali ini, Casey akan memandang kearahnya. Suzana dan Alexa turut tersenyum. Masing- masing membayangkan wajah kacak pemain bola keranjang NDC, terutamanya Jay, Kei, Ryyan dan juga The Cynical Jimmy. Peluang sekali seumur hidup.
Sebaik saja Casey menampalkan notis itu, sekumpulan pelajar perempuan mengerumuni notice board itu. Keadaan riuh seketika.
Casey mengelengkan kepalanya melihat telatah pelajar perempuan sekolahnya itu. Mereka, pemain NDC hanyalah manusia biasa. Bahunya ditepuk dari belakang menyebabkan dia berpaling. Jay dan Kei tersengih melihatnya.
“ Hah, kenapa?” soalnya, pura-pura marah. Serentak itu, tawa Jay dan Kei pecah.
“ Sir Stefan cari kau,” beritahu Jay setelah tawa mereka reda. Casey pelik. Stefan mahu bertemu dengannya, kenapa, Maryposa ke?Pelbagai soalan berlegar dalam kepalanya. Jay dan Kei pula mengambil tanggungjawabnya memerhatikan pelajar perempuan North Diamond College diserang histeria. Agak kelucuan melihat telatah itu. Casey telah lama berlalu ke bilik Stefan. Dalam perjalanan kebilik Stefan, dia terserempak dengan gadis yang tiba-tiba menerpa masuk ke gim semalam.
“ Ohayo, senpai!”ucap gadis itu. Mata Casey meneliti gadis itu, comel, sedikit keanakkan namun cukup menyatakan dia seorang yang ceria.
“ Hai, saya...”
“ Hana minta maaf senpai, sebab meluru masuk semalam. Hana cuma mahu bertemu sensei Daniel...” jelas gadis itu sebelum Casey sempat memperkenalkan diri. Casey tertawa.
“ Bukanlah, saya tak kisah pun tentang hal tu, Hana student baru ke?” soal Casey.
“ Ya, Hana dari program pertukaran pelajar dari Jepun. Gembira dapat bertemu senpai Adrian!” ujar gadis itu.
“ Macam mana Hana kenal...” kata-katanya dipotong Stefan.
“ Adrian my office now!” arah Stefan. Hana menunduk hormat sebelum berlalu ke keriuhan di dewan.
“So, aku buat konklusi kau main sama hebat dengan Chris.” Puji Stefan. Casey tersengih.
“ Thanks, actually bila kau turn up semalam aku terkejut...Since when kau main basket,” jelas Casey. Stefan ketawa.
“ Nampaknya aku memang ada hidden talent.”
“Jadi, why do you summon me, Mr Stefan Matthews Andrews?” soal Casey.
“ Lilac...” nama itu menyebabkan dahi Casey berkerut.
“ Sebelum dia datang sini, dia tak tahu apa yang dah terjadi. Pada Chris dan kau...” terang Stefan.
“Jadi kau jangan terkejut kalau tiba-tiba dia pergi, bila dia tahu...Harapan dia bila kesini adalah,”kata-kata Stefan dipotong oleh Casey,
“ Untuk berjumpa dengan Chris...Satu-satunya dihati Maryposa...”
“ Maaf, aku kena pergi dulu,” ujar Casey tiba-tiba. Stefan faham. Casey terluka dengan kenyataan itu. Lilac hanya mahu bertemu dengan Chris bukannya Casey. Ryyan tersenyum pintu. Kini dia dapat kelemahan Casey. Dia akan pastikan NDC pimpinan Casey jatuh. Dan dia akan memegang tampuk pimpinan.
“ Ryyan, kenapa awak nak jumpa saya?” soal Natalia. Dipamerkan gaya ayu tak menjadinya.
“ Aku rasa kau memang nakjadi girlfriend, next captain of NDC?” soal Ryyan. Dia tahu dia perlukan pengaruh Natalia dan Sparkle Buzz.
“ Maksud awak,Ryyan?” soal Natalia. Wajahnya ceria. Menjadi teman wanita kepada pasukan berpengaruh di kolejnya satu bonus bagi perempuan gila glamour sepertinya.
“ Senang saja...Aku akan rampas jawatan tu dari Casey Alexander, dan kau adalah girlfriend aku,”ujar Ryyan. Natalia terdiam. Difikirannya terbayang segala populariti yang bakal digapainya. Dia tersenyum mengadap Ryyan.
“ Apa yang perlu dibuat?” Ryyan tersenyum dan menceritakan segala pelannya. Tanpa disedarinya Alexa turut mendengar. Alexa bingung apa yang perlu dilakukannya. Lama dia berfikir. Audition, dia patut sertainya. Namun, dia perlu memberitahu seseorang. Seseorang yang boleh membantu dan akan membantu. Hanya satu nama dimindanya, Kei Simms.
“ Simms!” panggil Alexa sebaik saja tiba dikelas. Kei berpaling. Hanya seorang saja yang memanggilnya begitu. Alexa. Wajah gadis itu dipandang.Alexa mengisyaratkan agar mereka berbicara diluar saja. Kei akur. Langkah diatur mengikut Alexa. Raut manis gadis itu kelihatan gelisah.
“ Kei, Ryyan...dia...dia...” gadis itu kabut. Tak tahu bagaimana harus diberitahu. Kei memegang bahu Alexa.
“ Sayang, chill, okey...Cerita perlahan-lahan...Take deep breath...In, out, in out...” ujar Kei. Risau pula melihat teman wanitanya itu kegelisahan. Alexa mengikut kata Kei.
“ Ryyan nak jatuhkan Casey, Kei,” ujar Alexa. Wajah Kei beku. Reaksinya tak berubah.
“ Semua orang tahu hal tu, baby..”
“Aisy, Ryyan nak gunakan budak baru tu, Lilac Maryposa...And, Natalia akan join audition esok...”beritahu Alexa satu-persatu.
“ Awak tak nak join?” soal Kei. Cuba menutup kerisauan Alexa.
“ Kei, tolonglah serius,” Kei memeluk bahu Alexa.
“ Son’t worry okey...Kami dah ada plan...Dan Casey pun tak tahu. Hanya kami bertiga. So sekarang ni, Alexa, awak join tak audition tu?” soal Kei. Alexa menggeleng. Kei pelik.
“ Kenapa awak tak join? Jangan kata Natalia tak bagi. Alexa, please for once buat apa yang awak nak buat. Alexa saya please, jangan ikut Natalia lagi, please?” pinta Kei. Alexa diam. Bukannya dia mahu mengikut telunjuk Natalia, tapi mereka sepupu. Tambahan pula Alexa menumpang dirumah Natalia. Pasti mereka berperang sekiranya dia enggan mengikut telunjuk gadis itu.
“Alexa?” gadis itu mengangguk, namun sempat menambah,
“ Kalau apa-apa jadi dekat saya, awak kena janji akan ada okey?” Kei mengangguk. Alexa tersenyum senang. Langkah yang diatur kekelas menggambarkan kegembiraannya. Kei masih ditempat itu. Fikirannya menerewang jauh. Casey Alexander, memang betul tindakan kau...Bawa masuk Freddie.Lilac Maryposa...Kau akan kami cuba jauhkan dari Ryyan...Itu antara kata yang bermain difikirannya. Telefon bimbitnya dikeluarkan. Dan dia terus menghantar pesanan pada Jay dan Jimmy.
Petang itu sebaik saja tamat latihan, Jay, Jimmy dan Kei berkumpul di Cafe Melody. Meja diambil meja yang agak tersorok. Rancangan itu adalah top secret.
Jumaat yang dinantikan, mata kesemua ahli pasukan bola keranjang bagai terkeluar dari tempat asalnya. Berpuluh, bukan beratus atau mungkin jua beribu gadis beratur untuk ditemuduga oleh mereka berenam. Masing-masing saling bertukar pandangan, menelan liur bagaimana mahu diselesaikan hal ini secepat mungkin? Daniel yang baru tiba turut terkejut melihat ribuan gadis-gadis yang beratur.
“Okey, guys..kita akan buat satu audition by 3 rooms...Ryyan dengan Freddie, Casey and Jay, Jimmy with Kei.” Bahagi Daniel. Dan serentak itu mereka bergerak ke meja yang telah disediakan.

Saturday, January 02, 2010

Kisah Kita 3 : Dream On

“Ryyan!” panggil Casey. Wajahnya berang. Benteng kesabarannya kian menipis. Ryyan tersenyum sinis.
            “Maaf, ini kelab bola keranjang ke?” soal seorang pemuda. Jimmy yang kebetulan baru habis kelas tiba.
            “ So, siapa shrimp ni?” soal Jimmy, nadanya sinis seperti selalu. Pemuda itu memandang wajah Jimmy. Sambil tersenyum dia berkata,
            “ Saya Freddie Greg Trinity, saya pelajar tahun 1, dan jika tidak keberatan saya mahu menyertai pasukan ini.” Ada sedikit keriangan pada nadanya. Jimmy mendengus dan disebalik dengusannya dia berkata,
            “ Budak-budak.”
            “ Oh maaflah, jika saya terlalu budak-budak,” balas Freddie.  Kei segera menghampiri mereka.
            “ Maaf, Trinity, kami dah cukup pemain,” ujar Kei. Jay dan Casey saling bertukar pandangan.  Jay menepuk bahu Kei dan memandang ke arah Jimmy. Kedua mereka memahami isyarat Jay. Ryyan memandang wajah pemain yang lain. Seketika kemudian pandangannya beralih kepada Casey. Bola keranjang masih ditangan lelaki itu sebelum dia menjaringkannya.
            “ Oh dan itu apa yang kau akan buat, Adrian? Bermain...Satu contoh yang baik,” perli Ryyan.
            “ And what did you do, sulking?” ujar Kei. Wajah Ryyan berubah.
            “ Freddie, kami gembira untuk menerima kemasukkan awak, tapi buat masa sekarang ni, kami hanya mampu bagi awak sebagai pemain simpanan.” Ujar Casey setelah sekian lama diam. Jimmy tidak puas hati.
            “ What? Budak kecik ni join team kita? Kau betul ke tak Adrian?” soalnya.
            “ Aku rasa okey je keputusan dia. Lagipun kita tak dapat jangka bila salah seorang dari kita ada masalah.” Bela  Kei. Jimmy memandang penuh jengkel.
            “Anyhow, bila kau nak buat temuduga for our new manager?” soal Jimmy.
            “ Coach Damien dan Coach Daniel akan decide,” jawab Casey.
            “ Dah, guys, play ball! Go with your partner, Jay kau partner dengan Jimmy, Freddie, 5 minutes change!” arah Casey. Kesemua pemain menerima arahan tersebut.
            Jimmy dan Jay, Kei dan Ryyan serta Freddie dan Casey.
            “ Trinity, tunjukkan apa yang kau boleh buat,” ucap Casey. Senyuman terukir dibibirnya. Freddie turut sama tersenyum.Bola ditangannya dilantun sebelum dia berjaya membolos Casey.
            “ Wow! Nice fake!” puji Kei. Baru dia tahu pilihan Casey jarang salah. Casey tersenyum. Instictnya sentiasa betul dalam hal begini. Instinct Chris pada hemahnya.
            “ Hye,semua...” ucap Daniel. Matanya tertancap pada Freddie.
            “ Awak nie?” soalnya. Menanti jawapan dari ahli yang lain.
            “ Our new player..Trinity, this is our new coach, Daniel Reid,” kenal Casey.
            “ Nice to meet you, sir!!You are one of the greatest basket ball player after you quit SecretLover...” puji Freddie. Nadanya sedikit teruja kerana dapt berdepan dengan idola itu.
            “ Budak-budak betul,” dengus Jimmy. Wajah ceria Freddie bertambah ceria...
            “ Sekurang-kurangnya saya masih mengaku saya budak-budak...”balas Freddie. Wajah Jimmy kelat. Daniel tergelak kuat.  Comel pula dia melihat telatah Jimmy dan Freddie.
            “ Okey, guys, eventhough Coach Damien did told me you guys practice by partner and korang memang dah ada partner, I want to divide you guys again ok?” beritahu Daniel. Kei pelik segera diangkat tangannya.
            “ Dan macam mana coach nak buat tu?” soalnya. Daniel tersenyum.
            “ Good question. Guys come in please,” laung Daniel. Wajah pemain-pemain didepannya berkerut pelik. Tiba-tiba pintu gim itu dibuka. Victor, Travie dan Ezra melangkah masuk.

            “ NDC, meet SecretLover. Kita akan buat match with SecretLover...” beritahu Daniel. Dahi Casey berkerut.
            “ Coach, kitorang outnumbered SecretLover..” tunjuk Casey. Daniel tersenyum.
            “ Yup, saya tahu tapi I did manage to get 2 other people interested in this game,” beritahu Daniel. Serentak itu, Stefan dan Damon melangkah masuk.
            “ Sir Damon, Sir Stefan.” Ternganga mulut Kei, Jay, Jimmy, Ryyan dan Freddie. Pensyarah mereka bermain bola keranjang. WOW! Casey diam. Dia tahu mereka berdua ditahap mana.
            “ Hye boys, are we ready to play or not?” soal Stefan. Senyuman masih terukir diwajah Stefan. Damon memandang wajah Daniel.
            “ Lets start the game,” Daniel tersenyum.
            “ NDC Versus SecretLover. Game on,” ucap Daniel. Bola dilambung dan let’s the game begin. Daniel memerhatikan rentak permainan kelima-lima pemain utama NDC. Freddie diminta untuk menjadi pengadil perlawanan itu.
            Pemerhatiannya jatuh pada Casey, jersi no 4. Baginya cara pemuda itu bermain unik. Pada hematnya, Casey bermain untuk satu sebab. Rentak permainan itu terlalu memikirkan kemenangan pasukannya dengan bermain bersama. Casey tidak menguasai permainan. Dia memberi taktik dan mereka memenanginya bersama. Cuma satu yang kurang, wajah itu mengandungi kesedihan. Kesedihan yang mendorong untuk menang. Wajah Casey lebih tepat seolah menyeksa diri sendiri untuk menggapai kemenangan.
            “Coach, dah half time. Kita nak buat full ke?” soal Freddie. Daniel mengangguk. Dia memerhatikan kelima-lima pemain NDC. Dan didepan matanya, dia melihat bagaimana pasukan itu bersatu, kecuali...ya ada pengecualian...jersi no 6, fail klip ditangannya diselak. Ryyan Dennis, jersi no 6. Dari catatan Coach Damien, dia dapat menyimpulkan, jersi no 6, troublemaker. Itu saja yang menghalang pasukan NDC untuk menjuarai kejohanan akan datang.
            “ Trinity, time-off.,” arah Daniel. Freddie akur. Wisel ditiup. Kesemua mereka berhenti bermain.
            “Dennis, tukar dengan Trinity,” arah Daniel. Ryyan mencebik. Namun dia akur pada arahan Daniel. Permainan disambung. Daniel lebih berpuas hati dengan rentak permainan kumpulan ini. Tak mengapa biar dahulu. Dia akan ubah perlahan-lahan.
            “ Time’s up!” laung Kei. Daniel tersenyum. Nampaknya pasukan ini akan terus dream on selagi salah seorang pemainnya tidak bertukar. Namun dari pemerhatiannya, dia merasakan sukar bagi pemain itu menerima penggugurannya melainkan dia menyalahkan seseorang.
            “ Wow, dah berapa lama kita tak main macam ni?”soal Victor. Ezra dan Travie masih melepaskan lelah mereka. Damon dan Stefan duduk agak jauh dari mereka dan kelihatan seperti membincangkan sesuatu yang serius. Sesekali mereka melirik pada Casey. Pemain NDC yang lain duduk melepaskan lelah, kecuali Ryyan. Lelaki itu sudah hilang entah kemana.. Daniel masih lagi memikirkan cara terbaik. Namun buat masa kini, dia rasa,
            “ Senpai!!” panggilan itu membuatkan Daniel terkedu. Tak mungkin.
            “Hana Iszhumi,” sebut Daniel perlahan. Wajah ahli SecretLover sedikit pelik.