At-10-Tion!

Break Time has finished its construction,
Now is the time for le author to update~

UPDATE

Sunday, December 20, 2009

2 : Chris

            Casey duduk dibangku yang disediakan ditepi gelanggang. Tuala kecil digunakan untuk menutup mukanya. Penat. Itu sejujurnya. Dia mengaku, permainan ini lebih senang dari bola sepak yang digemarinya, namun apakan daya, dia tak mahu kehilangan Chris dalam dirinya. Baju yang dibasahi peluh itu dibiarkan. Derapan kaki yang menghampirinya membuatkannya terfikir, pasti Natalia.Apalah yang perlu diberitahu pada gadis itu, dia bukan gadisnya. Hanya Maryposa. Casey tersenyum sendirian. Posisinya yang menyandar sudah berubah kali ini , dia duduk seolah menopang dagu, tuala kecil itu masih menutupi kepalanya. Derapan itu semakin hampir. Sebaik saja pemiliknya berada disisinya, dia segera mendongak. Tindakan refleksnya, dia terus terbangun. Maryposa!
            “Erm, Chris, tahniah. Pasukan awak hebat tadi. Awak pun bermain hebat, macam dulu.” Puji gadis itu. Wajahnya berubah sedikit.
            “ Tapi saya bukan...” saat itu matanya menangkap isyarat yang diberi Stefan.  Dia tersenyum.
            “ Saya rindukan awak, Lilac...” ucap Casey akhirnya. Dia akur, jika itu yang harus dibuatnya agar gadis itu gembira. Biarlah hal sebenarnya menjadi rahsia. Wajah Lilac direnungnya. Wajah itu mulai merah. Casey tertawa. Sejak dahulu lagi gadis itu cepat malu bila diucapkan kata-kata begitu terutamanya dari Chris. Chris... Nama yang hilang jasadnya, tapi masih ada disisinya. Bibir gadis itu menguntum senyuman manis untuknya.
            “ Adrian!! We have briefing!” laung Kei.
            “ Coming. Jumpa awak nanti, Lilac.” Segera dia berlari anak ke arah bilik bola keranjang. Dia bertemu Stefan sebelum melangkah masuk kedalam bilik bola keranjang.
            “Casey, dia tak tahu lagi bout Chris,” beritahu Stefan. Casey berpaling dan mengangguk.
            “ As long as she is happy, aku akan jadi Chris.” Janji Casey. Stefan tersenyum.
            “ Good job Casey...Game tadi sangat bagus.” Puji Stefan. Casey tersenyum dan segera bergerak ke bilik perjumpaan. Stefan memaut bahu Lilac sebelum berlalu keluar dari gym. Casey yang sedang leka memerhatikan langkah kedua beradik itu terkejut pabila bahunya ditepuk oleh Jay. Casey tersenyum sebelum berlalu dengan Jay. 
            “ Adrian, good job on leading the team...And guys good job tadi, tapi saya ada berita baik untuk kamu semua...” beritahu Coach Damien. Kesemua enam pemain menadah telinga menanti perkhabaran dari coach mereka itu.
            “ Hmm...berita pertama, pihak kolej memberi tajaan untuk kamu beraksi dalam International BasketBall Tournament...” pengumuman itu disambut dengan sorakan mereka berlima. Casey hanya tersenyum. Ryyan memerhati dengan perasaan benci.
            “ Okey, silent, seterusnya, Chrissy terpaksa berpindah, jadi kita perlukan manager baru untuk team kamu dan akhir sekali,” Coach Damien berhenti seketika.
            “ Kamu akan menerima jurulatih baru yang akan menggantikan saya...Saya akan berpindah ke UK minggu depan.” Freddie mengangkat tangan ingin bertanyakan sesuatu.
            “ Siapa coach baru kami?” Saat itu pintu bilik itu terbuka. Seorang lelaki yang berpakaian seolah-olah baru saja pulang dari satu tempat yang sangat sejuk melangkah masuk.
            “ Maaf Damien...Aku lambat...Tak da teksi tadi...” Wajah kelima-lima pemain NDC berubah.
            “ NDC, meet your new coach, Daniel Reid.” Kenal Coach Damien.
            “ Abang Daniel?” ujar Kei. 7 pasang mata berpaling kearahnya. Daniel tersenyum dan segera memeluk tubuh adik teman baiknya dahulu.
            “ Well, seems like we are going to have some fun...Selamat berkenalan NDC...Mulai minggu depan saya akan menjadi jurulatih kamu.” Kenal Daniel.
            “ Tapi bukan ke...” ujar Jay.
            “ Dia nie,” sambung Ryyan.
            “ Ahli SecretLover?” dan akhir sekali dari Jimmy. Ternyata mereka semua tergamam. Clueless. Damien tersenyum.
            “ Okey, meeting is over...Balik buat homework semua!!” arah Chrissy. Mereka segera melangkah keluar.
            “ Kei, tunggu kejap!” panggil Daniel. Casey terus keluar. Destinasinya hanya satu. Chris. Casey duduk diam di depan kubur Chris.
            “ Chris, kau takkan percaya, Maryposa is here...Dia masih cantik macam dulu...Dan...dia rindukan kau, Chris...” dia tersenyum didepan kubur Chris. Seolah- olah kembarnya itu masih hidup.
            “ Oh ya, kau tahu, NDC nak taja team basketball kita ke International BasketBall Tournament....Aku janji dekat kau Chris, aku akan menang kejohanan tu untuk kau.” Lama dia berteleku didepan kubur itu. Titisan jernih mengalir dari sudut matanya dikesat.
            “ Casey,” panggil Jay perlahan. Lelaki itu duduk diam tak bergerak. Jay faham sangat dengan gelagat teman baiknya itu. Tubuh temannya itu dihampiri. Bahu Casey dipegang. Casey  berpaling. Cuba menguntumkan senyuman pada Jay.
            “ Chris, kami akan bawa balik piala tu untuk kau..”janji Jay pada Chris. Dia sendiri juga rapat dengan kedua kembar itu sebelum Chris pergi. 
            “ Casey jom...diorang nak pergi celebrate. Kau tak nak ikut? Coach Damien, Coach Reid dengan Chrissy pun ada sekali.” Casey mengangguk dan mengisyaratkan pada Jay untuk pergi dahulu.
            “ Idola kau, Daniel Reid jadi coach baru kita Chris...Dan jangan risau tentang Maryposa...Aku jagakan dia untuk kau...”  Casey bangun dan berjalan kearah Jay yang sedang menanti dengan topi keledarnya. Langkah yang diatur perlahan, seolah berat untuk meninggalkan Chris keseorangan. Itulah perasaannya setiapkali datang melawat kubur itu.
            Tika mereka tiba di restoran makanan segera yang dimaksudkan, kedengaran suara sinis Ryyan.
            “Muncul juga prince kita ni!”
            “ Kenapa, Ryyan? Kau nak jadi prince ke?” balas Jimmy. Ryyan terdiam.
            “ Maaf, saya ada hal tadi...” pemain yang lain faham bila Casey menyatakan ada hal. Pasti dia ke sana. Ke kubur kembarnya. Casey duduk hanya seketika. Dia meminta diri untuk pulang. Jay yang turut bangun mahu mengikutnya diisyaratkan untuk duduk.
            “ Aku jalan je balik,” ujar Casey. Langkah diatur keluar.Angin malam menyapa tubuhnya yang masih lagi memakai jersi NDC. Begitulah tradisi pasukan mereka,jika ada menyambut apa-apa peristiwa mereka akan memakai jersi mereka.
            Pening mindanya memikirkan kehidupannya. Ah betapa rindunya dia pada bola sepak. Tapi rindunya lebih pada kembarnya dan gadis itu... Lilac Maryposa.
            Di kediaman milik keluarga Lilac, dibilik gadis itu terutamanya, Lilac tersenyum senang. Gembira kerana akhirnya dia dapat bertemu jua dengan Chris. Lilac berlalu ke beranda biliknya. Bulan terang di dada langit. Casey turut sama memandang ke arah bulan yang terang.
            Perlahan bibir mereka menuturkan nama yang sama,
            “ Chris...”

Friday, December 04, 2009

Kisah Kita, 1 : The Story Begins..

Dari tadi matanya leka memerhati sekitar kafe kolej barunya itu. Pelik, tetapi itu perasaannya kini. Matanya tertancap pada seorang pelajar lelaki yang duduk keseorangan disatu sudut. Lama dia memerhatikan pelajar itu.
            “ Hey, kau tengok budak baru tu, tak sedar diri, baru je dekat sini, ada hati dekat our Star,” dia berpaling mencari punca suara. Tiga orang gadis sedang memandangnya dengan pandangan yang menjengkelkan, seolah-olah dia adalah kudis yang hina. Mata-mata lain didalam kafe itu turut memandangnya, cuma pandangan mereka lebih kepada membenci dari bersimpati.
            “ Sorry, but do yo u have any problem with her?” soal seorang pemuda tiba-tiba. Ketiga-tiga gadis itu hanya tersenyum dan berlagak manja dihadapan pemuda itu, satu yang dia simpulkan gedik dan plastiknya mereka itu.
            “ Tak ada apa-apa, Ryyan.” Segera mereka berlalu pergi. Mata gadis itu kini tertancap pada Ryyan.
            “ Awak kena hati-hati sikit, walaupun awak minat sangat dekat Casey tu.”
            “ Pardon, saya tak minat pun dekat that guy, whatever his name is,” marah gadis itu.
            “Hey, just kidding. By the way, saya Ryyan Deniss.” Salam dihulur.
            “ Saya...erm, Lilac.” Mata Ryyan tertenung mata gadis itu.
            “ So,awak barukan? Boleh saya tunjukkan awak sekolah ni?” soal Ryyan dengan gaya gentlemannya. Lagaknya seolah-olah ingin menari bersama Lilac. Lilac ketawa kecil, namun tawanya itu mampu menarik perhatian pelajar yang direnungnya sedari tadi. Dan entah bila masa lelaki itu wujud dihadapannya.
            “ Maryposa?”
            “Maaf, siapa?” soal Lilac sebelum terus berlalu bersama Ryyan. Maryposa satu nama yang sudah lama tidak didengarinya.
            “ Kalau betul awak adalah Maryposa, awak takkan benarkan saya buang ni,” ugut Casey. Lilac berpaling. Sarung tangan kebunnya dahulu yang ditukar antara dia, Casey dan...Baru Lilac tersedar sesuatu, Chris. Dimana lelaki itu?
            “ Alexander, where is Adam?” soal Lilac dalam bahasa Perancisnya.
            “I guess your laugh never change, thus I can actually recognized you, Maryposa.” Balas Casey dalam loghat yang sama.
            “ I’m asking you here.” Marah Lilac.
            “ Maaf, kita nak bergerak atau tidak?” soal Ryyan mematikan segala mungkin terjadi. Lilac segera menarik tangan Ryyan pergi. Casey tersenyum senang. Sekurang-kurangnya gadis itu masih ada. Walaupun agak sukar untuk mereka membina kembali tali persahabatan dalam situasi kini.
            Lilac masih membisu tika mereka melewati taman kolej. Ryyan yang dari tadi asyik bercerita akhirnya melontarkan soalan.
            “ Siapa Maryposa? Alexander dan Adam?”
            “ Belum waktunya untuk saya bercerita.” Putus Lilac. Loceng yang berbunyi menandakan waktu akhir persekolahan hampir tiba. Lilac pelik, kelas-kelas semuanya kosong.
            “ Kenapa sunyi saja sekolah ni?” soal Lilac.
            “ My lovely lady, petang ni, ada perlawanan bola keranjang.  Jadi seperti selalunya, sesi persekolahan tamat lebih awal...Awak nak tengok?” soal Ryyan. Namun tika Ryyan mengutarakan soalan itu fikiran Lilac sudah jauh melayang pada Chris. Lelaki itu sangat gemar bermain bola keranjang, tidak seperti Casey, lelaki itu lebih menggemari bola sepak.
            “ Lilac,Lilac?” panggil Ryyan. Lilac tersenyum.
            “Sounds like fun.”
            “ I’ll be playing.”
            “ Dan saya perlu sokong awak, ya?” soal Lilac. Ryyan tersenyum. Lilac sudah berjalan entah berapa langkah dihadapannya. Ryyan pasti kali ini, Casey akan tersungkur ditangannya. Dia tahu Lilac penting bagi Casey dari perbualan mereka yang tidak difahaminnya.
            “Ryyan!” panggil Lilac sebaik saja menyedari langkah lelaki itu jauh dibelakang. Ryyan berlari-lari anak mendapat Lilac.
            Petang itu, tepat jam 3 petang, gimnasium North Diamond College sudah dipenuhi pelajarnya. Lilac duduk berhampiran dengan gelanggang.
            “North Diamond College!Sebelum permainan dimulakan, merpersembahkan Sparkle Buzz Cheer Squad!!” ujar pengulas permainan. Kesemua mata tertumpu ditengah gelanggang. Sparkle Buzz yang seramai 12 orang lengkap berpakaian seragam berwarna merah jambu hitam mengambil posisi masing-masing.
            Setelah 10 minit berlalu, muncullah saat yang dinantikan.
“Hadirin yang dihormati, lets the game begin!” laung pengulas pertama.
“Nampaknya permainan dikuasai North Diamond College. Bola berada pada kapten pasukan NDC, Adrian, sebelum dibuat hantaran cantik pada pemain no.7 , Simms. Dan score! NDC menjaringkan gol pertama melalui Simms.Good job NDC.”ulas pengulas kedua.
“ Kini bola berada ditangan Chrono High College pemain no 8, Leonardo dan CHC menjaringkan jaringan pertama mereka.” Lilac tidak dapat mengalih pandangannya dari pemain no 4. Pada hemahnya itulah Chris Adam Adrian. Casey tidak kelihatan dimana-mana. Lilac pasti yang sedang bermain serta mengetuai NDC adalah Chris. Bayang si kembarnya tidak kelihatan dimana-mana.
“ Hi, pretty,” sapa Stefan. Pipi Lilac dicium sebelum dia melabuhkan punggung disisi Lilac.
“Stefan?What are you doing here?”soal Lilac. Lebih kepada terkejut.
“ Tengok game. Adrian is a good player.” Puji Stefan. Lilac tersenyum. Namun sedikit pelik. Mengapa Stefan tidak memanggil Chris atau Adam saja. Jeritan kegembiraan dari pelajar NDC mengejutkan Lilac dari terus dibawa lamunannya.
“ Ya, itu dia jaringan dari kapten NDC, Adrian. Good Job untuknya. Permainan kini dikuasai NDC. Dan pasukan CHC meminta time-out melalui pemain no 7, Freddin. Dan masa selama 3 minit diberikan kepada pemain.” Beritahu pengulas. Keadaan gim mulai riuh sedikit. Mata Lilac masih terpaku pada pemilik jersi no 4 itu. Dia melihat bagaimana Natalia menghampiri lelaki itu dan berpura-pura baik.
“ Lilac!” panggil Ryyan. Matanya tertancap pada Stefan yang duduk rapat dengan gadis itu.
“Hi, Ryyan.Erm, kenalkan ini Stefan.”
“Hi, nice game you are playing,” puji Stefan. Ryyan tersenyum
“Deniss!” laung jurulatih NDC, Mr..Darwin. Ryyan tersenyum sebelum berlari ke arah pasukannya.
“ Jangan kata Lilac dengan that guy.”
“ Stefan!” marah gadis itu. Stefan mencuit hidung Lilac.
“Kuatnya merajuk kamu ni.”
“Stefan!Tengok game lah,” marah Lilac lagi. Stefan hanya ketawa. Rindu benar dia pada adiknya itu. Matanya kembali melihat perlawanan itu. Dia perasaan mata Lilac 
tidak lepas memandang Casey. Dia mengeluh perlahan. Pasti Lilac tidak tahu lagi.

Thursday, December 03, 2009

14 : The End...

            Ezra hanya mampu duduk diam memerhatikan kerisauan Heart.
            “ Ezra, hello!! Mama hilang and kau nak diam?” soal Heart. Panik. Tiada siapa pun yang nampak kemana Lady Ferra pergi.
            “Kau relaks dulu boleh tak Heart,cool, chill..l” arah Ezra. Masakan dia tak risau. Pelik juga kemana Lady Ferra mahu pergi. Jangan-jangan semua yang terjadi semalam hanya ilusi. Dia berdoa bukan itu sebenarnya. Lady Ferra benar-benar telah berubah. Matahari makin meninggi. Ezra sudah keluar mencari Lady Ferra, Heart masih kerisauan di Serenity. Pintu yang dibuka dari luar menyebabkan dia berpaling.  Hanya Ezra. Lelaki itu mengelengkan kepalanya tanda dia tidak menemui mamanya. Sekali lagi bunyi pintu dibuka menyebabkan mereka berpaling. Daniel melangkah masuk. Ezra dan Heart bertukar pandangan.
            “ Ezra, maafkan aku...Kalau tak kerana mama kau, aku takkan...” kata-kata Daniel dipotong oleh Heart.
            “ Daniel dekat mana kau jumpa mama kami?” Daniel memandang wajah mereka.
            “ Dia datang pejabat tadi...”
            “ Where did she go then?” soaL Heart lagi. Wajah Daniel semakin pelik.
            “ Dia tak datang sini ke?” soal Daniel kembali. Wajah sugul kedua beradik itu dipandang.  Tiba-tiba sahaja telefon bimbitnya berbunyi.
            “ Daniel, Lady Ferra, Lady Ferra dia...” suara Delaila tersekat-sekat.
            “ Delaila, relaks, take a deep breath...”
            “ Daniel, Lady Ferra accident...”Serentak itu tangisan Delaila kedengaran.
            “ Delaila, awak dekat mana sekarang ni?” soal Daniel. Talian segera diputuskan.
            “ Jom kereta aku...Lady Ferra ada dekat Deseree Hospital.” Beritahi Daniel. Tangisan Heart kedengaran. Ezra segera mendapatkan adiknya itu dan memapahnya ke kereta Daniel. Kereta itu dipandu laju ke Deseree Hospital. Tika mereka tiba di wad kecemasan, Delaila sedang disoal oleh seorang doktor.
            “ Cik, awak ahli keluarga dia?” gadis itu menggeleng.
            “ Saya anaknya,” celah Ezra. Delaila berpaling. Air matanya tertumpah sekali lagi. Ezra sedar akan itu dan menggenggam erat tangan Delaila. Seorang pegawai polis menghampiri mereka.
            “ Cik Emerald, Cik yang memanggil ambulans tadikan?” soal pegawai itu. Delaila mengangguk.
            “ Apa yang cik lakukan pada mangsa?” soal pegawai itu lagi.
            “ Maaf, En...”potong Ezra.
            “ Fantamore,” balas lelaki itu.
            “ Apa yang terjadi pada mama saya?” soal Ezra.
            “ Kami mengesyaki Lady Ferra menjadi mangsa langgar lari dan konspirasi seseorang...Kami perlu menyiasat semua yang bukti dan sesiapa saja yang berdekatan dengan mangsa.” Balas lelaki itu.
            “En Edree, kami ada perkhabaran buruk...Lady Ferra tak dapat kami selamatkan...” berita itu menghempap pundak Ezra dan Heart. Tangisan Heart kedengaran. Victor dan Travie yang kebetulan sampai terkejut melihat reaksi Heart yang selama ini hanya tenang. Jarang mempamerkan emosi.
            Heart rebah namun sempat disambut Victor yang bertindak pantas. Ezra sudah terduduk.Tangannya masih menggenggam erat tangan Delaila. Travie yang mendapat penjelasan dari Daniel hanya mengangguk. Pewaris Empayar Edree sudah jatuh ke tangan dua beradik itu.
            “ Ezra,” panggil Delaila perlahan. Lelaki itu memandang wajah gadis itu, lama.
            “Delaila, pergilah pada Daniel...Saya rela...Hidup saya kini hanya untuk Heart dan Empayar Edree...” Pinta Ezra. Kesemua mereka terkejut. Delaila menarik tangannya kasar.
            “ Ezra Edree, awak tak ada hak untuk tentukan siapa saya patut bersama. Awak tak ada hak itu!” marah Delaila dan segera berlari keluar.  Daniel menghampiri Ezra.
            “ Ezra...Kau tak...”
            “ Kau tolong jaga dia untuk aku. Heart, you don’t have to worry bout Empayar Edree...Kau perlu jaga hidup kau,” pesan Ezra pada Heart yang tidak sedarkan diri itu. Ezra bangkit, dan berpaling pada Travie.
            “ Travie, kau tolong uruskan mama aku...Aku perlu balik ke US semula.Dan Victor, jaga Heart untuk aku baik-baik...Dia satu-satunya keluarga aku...” pesan Ezra. Dia perlu mengambil tindakan ini.
            “ Ezra, kau nak tinggalkan kami lagi?” soal Daniel. Ezra memandang wajah teman baiknya itu. Bahu Daniel ditepuk lembut. Ezra segera berlalu keluar. Teksi ditahan.
            “ Deseree International Airport...” beritahunya.

4 tahun berlalu....
            “ Vicky, jangan lari sayang nanti jatuh,” marah Delaila. Anak kecil itu lasak berlari kesana- kesini. Tiba-tiba anak itu terjatuh kerana terlanggar seseorang. Delaila segera berlari ke arah anak kecil itu.
            “ Kan ibu dah cakap tadi...” Vicky mulai menangis. Delaila menggaru kepalanya..
            “ Okey sayang nak apa? Ibu belikan jom,”pujuk Delaila.Terasa ada matanya yang merenungnya. Pandangannya jatuh pada insan yang dilanggar Vicky.
            “ Maaf...Ezra??” mulutnya terkunci. Dia terkejut.
            “ Daddy!!” panggil anak kecil itu. Daniel menghampiri mereka.
            “ Ezra, kau balik akhirnya.” Tubuh teman itu dipeluk erat.
            “ Ibu, jomlah...Vicky lapar la!!” ajak Vicky, skirt yang dipakai Delaila ditarik. Daniel yang memandang faham.
            “ Ezra, Delaila, korang berbincang dulu boleh...Vicky jom kita pergi dekat Uncle Travie dengan papa nak?” soal Daniel sambil mendukung anak kecil itu. Membiarkan pasangan itu berbincang. Masing-masing saling merenung, cuba mengurangkan rindu yang bertamu.
            “Em..comel anak awak,” ucap Ezra perlahan. Delaila tersentak namun dia hanya mengangguk.
            “ Delaila, maafkan saya kerana kata-kata dahulu, dan maafkan saya kerana mengganggu kebahagian awak.” Delaila mulai binggung.
            “ Bahagia?” soal gadis itu kembali. Ezra pun mengerutkan dahinya.
            “ Awak dengan Daniel?”  Delaila semakin pelik. Sejak bila pula dia dengan Daniel.
            “ Saya dengan Daniel?” soal Delaila lagi. Ezra makin bingung di buatnya.
            “ Itu bukan anak awak dengan Daniel?” tanya Ezra akhirnya. Kedengaran tawa dari sebelah kanan Delaila.
            “ Ezra, kau ni, itu anak Victor dan Heart la!” beritahu Travie dalam tawanya. Daniel juga masih ketawa juga.
            “ Hah?” Heart turut menyampuk.
            “ Tu la, ini ke abang? Adik sendiri dah kahwin siap ada anak pun dia tak tahu...” Wajah Ezra merah. Delaila yang turut sama ketawa mulai diam dan memandang wajah Ezra.
            “ Awak, saya tak pernah kahwin dengan sesiapa pun sebab dekat hati saya hanya ada awak sahaja.” Ucap Delaila. Ezra memeluk erat gadis itu.
            “ Delaila Emerald, will you be my lady?” soal Ezra. Gadis itu mengangguk. Wajah Delaila pula merah.
            “ Wow, we are going to have another bride, Victor...” beritahu Heart pada suaminya yang terpinga-pinga itu.
           
Hari yang dinantikan...
            “ Jadi yang merancang pelanggaran mama tu, Rebbecca?” soal Ezra pada Heart. Adiknya hanya mengangguk. Saat ini dia menceritakan segala yang berlaku sepanjang ketiadaan Ezra. Tuxedo Ezra diperkemaskan.
            “Okey, pada malam ni, atas permintaan dua wanita didalam SecretLover, Heart dan Delaila yang juga our new bride tonight, kami SecretLover, akan mempersembahkan sebuah lagu yang dinyanyikan oleh SS501, Grean Peas...Khas untuk kedua mereka.
“One summer, in my eyes
Shines a green star, You
We, to each other, our love blossomed

Like the stars in the night sky
Sparkling green star
That look is so very lovely

And every one of the moments that we’re together
And every one of the promises that we made
Also, every hour that we’re together
All of it
Forever, we will hold on to”



“I want to become a star
Wherever on this earth
No matter at what time
(I want to) shine for you all”



24/7 from Monday to Sunday night
Together with us, (you) will be happy


And as I cry
And as I laugh
None other than you, always at my side

And whoever can say whatever (they want)
Unchanging, one and the same
Our love will be together forever

Always, like sparkling stars


In all the time that we are together
Will shine even more brightly
Forever
Precious green star
My love


I want to become a star
Wherever on this earth
No matter at what time
(I want to) shine for you all


24/7 from Monday to Sunday night
Together with us, (you) will be happy


(All of you) your love, thank you
We swear we love you
All for you


I want to become a star
Wherever on this earth
No matter at what time
(I want to) shine for you all


24/7 from Monday to Sunday night
Together with us, (you) will be happy


High up in the sky, no matter where you all are
No matter at what time
(I want to) shine for you all


24/7 from Monday to Sunday night
Together with us, (you) will be happy

Together with us
Will be happy

¬The End¬


P/S : This is the ending of Kau Muzikku, hope u guys enjoyed it...And maybe dalam masa terdekat ni Nina akan post Kisah Kita Episod 1...